Resepi Kacang Pool Haji Larkin Bomba Johor Sedap JB Original. Seperti yang saya janjikan siang tadi, jom nak kongsikan resepi kacang pool yang sangat popular di Johor dan Singapura. Untuk makluman semua, mulanya makanan ni diperkenalkan oleh orang Arab. Kacang pool arab di masak dengan daging cincang serta kacang pool atau turut dikenali sebagai foul medammas. Selalunya saya pakai yang jenis dalam tin jenama Kimball yang terjual di Giant, Tesco atau pun kedai-kedai yang sewaktu dengannya..
.
Selain kacang pool, kita boleh juga masukkan kacang-kacang lain. Contoh red beans, baked beans atau pun chick peas. Pelbagai jenis resepi kacang pool ni sebenarnya. Nak pakai kacang pool sahaja pun boleh. Apa-apa resepi pun kita boleh olah ikut selera tekak kita sendiri. Saya nak letak red beans sebenarnya tadi, tapi lupa pula letak kat mana cari cari tak jumpa jumpa. Jadi saya guna dua jenis kacang aje. Kalau korang nak tambah lagi kacang lain boleh ya.
.
Kacang pool biasasa orang hidang bersama telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi serta cili hijau dan cili merah. Cara masak kacang pool mudah sangat kerana inya tak perlu menggunakan bahan yang banyak. Cicah kuah kacang pool dengan roti. Sapu roti dengan butter kemudian panaskan dulu dalam kuali sebelum ngap dengan kacang pool. Ada yang suka tak ? Jom tengok resepi kacang pool simple :
Resepi Kacang Pool Haji Larkin Bomba Johor |
Resepi Kacang Pool Sedap Mudah Simple Ringkas Step by Step
.
Bahan untuk resepi kacang pool mudah dan sedap :
Kacang Pool Haji Larkin |
.
Bahan A
- 400 gram daging kisar – saya guna brand Ramly
- Dua camca besar rempah kari daging – baba’s
- Dua tin kacang pool (foul)
- Satu tin baked beans
- Satu camca besar serbuk ketumbar
- Satu camca teh lada hitam -ditumbuk halus
- Dua camca besar minyak sapi
- Gula dan garam secukupnya
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
.
Bahan B : Kisar halus:
- Dua biji bawang besar
- Empat ulas bawang putih
- Satu inchi halia
.
Bahan C : Lain-lain
- Limau kasturi ( belah dua )
- Bawang besar ( potong dadu )
- Cili hijau atau cili merah ( hiris/ potong dadu )
- Roti
Kacang Pool Resepi |
.
Cara Buat Kacang Pool
Kacang Pool Haji Putrajaya |
Cara membuat kacang pool :
.
- Basuh bersih daging cincang dan toskan.
- Ramas kacang pool dan baked beans sampai pecah ( tak perlu hingga lumat tau )
- Satukan rempah kari, ketumbar, rempah kari serta satu per tiga cawan air. Kacau sampai rata hingga menjadi pes. Ketepikan seketika
- Panaskan minyakmasak. Masukan pula minyak sapi dan biar seketika. Seterusnya tumis bahan yang kita kisar halus tadi hingga naik bau. Masukan pes rempah serta kacau sampai rata. Pakai api kecil dan sentiasa kacau sentiasa hingga naik minyak. Masukan daging cincang dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi.
- Masukan satu liter air (boleh kurangkan jika suka pekat) dan kacau sampai air mendidih. Masukan baked bean dan kacang pool tadi. Sentiasa kacau sentiasa. Gunakkan api sederhana selama lebih kurang lima belas hingga dua puluh minit.
Cara Buat Kacang Pool |
Step akhir, masukkan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata bila dah masak boleh matikan api. Siap. Cara makan kacang pool, cedok kan kacang pool ke dalam mangkuk. Taburkan cili, bawang, telur mata serta perahkan jus limau kasturi. Cicah dengan roti yang telah disapu planta dan di panaskan. Okey lah selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.
0 Comments