Resepi Kuih Seri Ayu Sukatan Cawan Gebu Dan Lembut Mudah Simple Paling Sedap. Tadi kenalan lama Azlina Ina datang rumah. Dah lama rasanya tak bersua muka serta bergosip dengan beliau. Kalau dulu nak ke mana kompem dengan dia. Bila dah berumah tangga ni jarang-jarang lah kami dapat berjumpa.Tanpa apa apa khabar berita tup tup muncul depan rumah dengan suami dan anak-anak dia. Katanya sesaje datang singgah dan teringin nak makan kuih seri ayu yang saya buatkan untuk minum petang. Nasib baik dia datang tepat pada masanya, kalau tidak terpaksa lah angkut dia pergi pasar untuk mencari bahan bahan untuk sediakan kuih seri ayu. Dia memang peminat tegar kuih seri ayu sejak zaman sekolah lagi. Ada yang minat juga tak ? Jom saya kongsikan resepi kuih seri ayu gebu dan lembut sukatan cawan :
Resepi Kuih Seri Ayu Sukatan Cawan |
Resepi Kuih Seri Ayu Mudah Sukatan Cawan
Cara Buat Kuih Seri Ayu Sukatan Cawan |
Bahan untuk resepi kuih seri ayu simple :
Resepi Kuih Seri Ayu Gebu |
Bahan A
- Tiga setengah cawan tepung gandum
- Satu setengah cawan gula
- Tiga biji telur greb B
- Satu sudu kecil pewarna hijau
- Satu sudu besar ovalete
- Satu sudu kecil baking powder
- 200ml atau satu kotak kecil santan
- Setengah cawan air pandan
Bahan B
- Kelapa parut (putih sahaja)
- Garam sikit
Cara Masak Kuih Seri Ayu |
Cara Buat Kuih Seri Ayu
Kuih Seri Ayu Resepi |
Cara membuat kuih seri ayu :
- Mix telur, gula dan ovalete hingga putih kembang.
- Masukkan santan, air pandan serta pewarna hijau, Kacau sebati.
- Masukkan tepung & baking powder. Mix perlahan dan sebati.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan.
- Masukkan kelapa parut yang telah di gaul bersama sedikit garam.
- Seterusnya, sudukan adunan ke dalam acuan
- Ulang sampai habis adunan
Kuih Seri Ayu Sukatan Cawan |
Step akhir, kukus selama lima belas hingga dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada alat pengukus memasing. Siap untuk dihidangkan atas meja. Cara buat kuih seri ayu mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi di lain kali, salam.
0 Comments