Cara Cek Wang Tidak Dituntut Online.  Mungkin masih ada segelintir orang yang tidak mengetahui rupa-rupanya terdapat sejumlah wang milik kita di dalam mana mana bank atau syarikat atau firma yang tak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Malah, kita sendiri sebenarnya lupa atau tidak tahu langsung akan kewujudan duit tersebut.

Tidak kurang juga yang tidak tahu cara nak semak Wang Tak Dituntut (WTD) yang kita sebenarnya boleh buat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.

Manakan tidak, lihat sahaja kepada laporan yang di keluarkan oleh pihak kerajaan baru baru ini. Yang mana menurut terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada pemilik atau waris kerana tiada tuntutan dibuat.

Semakan Wang Tidak Dituntut WTD


Bahkan, saya sendiri mengalami situasi tersebut. Jika perkara tersebut tidak di dedahkan kepada umum, saya pun sampai bila bila tidak akan tahu yang saya sebenarnya mempunyai sejumlah wang x dituntut daripada akaun sebuah bank yang tidak aktif lebih lapan tahun yang lalu.

Saya hanya dapat tahu tentangnya setelah membuat semakan di kaunter Pendaftar WTD yang berdekatan.

Itu pun setelah mengetahui tentang kewujudan WTD ini berdasarkan hebahan kerajaan melalui berita dalam tv dan laporan akhbar-akhbar tempatan yang di siarkan.

Mungkin anda turut akan mengalami pengalaman sama jika hadir membuat semakan wang tidak dituntut seperti saya kerana wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif, malahan berkemungkinan datang dari sumber bayaran elaun, rebat insurans, atau bonus daripada syarikat tempat lama anda bekerja atau mana-mana firma yang pernah mempunyai kaitan dengan kita.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana pihak terlibat gagal menyerahkan sendiri wang yang menjadi hak milik kita di sebabkan pertukaran alamat, maklumat peribadi yang tidak lengkap atau lain lain sebab munasabab yang sewaktu dengannya. Maka, pihak tersebut akan menyerahkan wang kepunyaan kita kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab untuk membayar balik WTD kepada empunya wang itu.


Cara Check Wang Tidak Dituntut Jabatan Akauntan Negara



Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut

Cara Check Wang Tidak Dituntut :

Borang Wang Tak Dituntut
Borang Wang Tidak Dituntut Online

  1. Pergi ke mana mana cawangan Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri
  2. Serahkan dokumen pengenalan diri atau MyKad kepada pegawai bertugas.
  3. Jika nak buat tuntutan bagi pihak arwah atau si mati, sila bawa sijil kematian dan dokumen yang membuktikan anda mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak arwah.
  4. Tunggu semakan WTD yang di buat melalui sistem. Lebih kurang dalam lima minit sahaja.
  5.  Jika ada, borang tuntutan wtd akan dikeluarkan untuk diisi bersama penyata WTD dari sumber mana.
  6. Selesai.




    Kepada sesiapa yang terdapat wang yang tak di tuntut, ianya akan dikreditkan ke akaun yang aktif dalam tempoh masa tiga bulan selepas semua borang dan dokumen berkaitan di serahkan kepada pegawai bertugas.


      Cara Claim Wang Tidak Dituntut


      Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.

      Saya agak teruja setelah pegawai bertugas menyatakan yang saya  mempunyai wang yang tidak di tuntut daripada akaun simpanan Maybank yang tidak aktif selepas tujuh tahun. Kembali fikir untuk mengingati akan kewujudan akaun tersebut, setelah dua tiga hari barulah menyedari yang saya pernah membuka akaun bank tersebut ketika umur belasan tahun dahulu untuk tujuan tertentu. Setelah membuka akaun bank lain, saya sudah tidak peduli dengan akaun lama itu sedangkan masih berbaki duit simpanan walaupun sedikit jumlahnya.