Resepi Roti Kerca Kuah Daging Utara Sedap Simple Asli Original. Sebenarnya nak ingat nak update petang semalam resipi roti kerca kedah yang mudah dan sedap ni tapi tetiba pulak ada hal yang tak dapat dielakkan. Sekarang baru lah ada masa lapang sikit. Rasanya ini dah kali ke berapa saya buat roti kerca utara untuk juadah kami sekeluarga. Bagi yang belum tau, roti kerca adalah salah satu kuih muih tradisional kedah. Mengikut cerita yang saya dengar roti kerca popular sebab pernah menjadi menu kerabat disana. Tak tahu lah benar ke tidak. Nak tau lebih kaji lah sendiri. Mungkin boleh tanya dengan google ke orang orang kedah sendiri ke. Terserah memasing. Roti kerca ni teksturnya lebih kurang dengan roti jala cuma bentuk sahaja yang tak sama. Kuah roti kerca pun rasanya ada beza sikit jika nak dibandingkan dengan kari daging yang biasa kita makan. Kalau di beri pilihan kepada saya antara roti jala vs roti kerca, saya pilih roti kerca kuah daging sebab kena dengan tekak. Orang lain tak tau lah. Selera memasing.  Ada ke yang nak tau, cara membuat roti kerca ? Jom tengok resepi roti kerca utara yang saya kongsikan dekat bawah :


Roti Kerca Kuah Daging
Resepi Roti Kerca Kedah Asli



Resepi Roti Kerca Utara Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi roti kerca utara sedap :







  1. Dua cawan Tepung Gandum
  2. Dua Biji Telur
  3. Tiga Cawan Air
  4. Satu Sudu Kecil Garam
  5. Pewarna masakan atau serbuk kunyit ( nak letak warna lain pun takpe, tak nak letak pun takpe )

.
Cara Buat Roti Kerca Kedah

Cara Buat Roti Kerca Utara :
.
  1. Mula mula satukan dan blend semua bahan diatas. 
  2. Sila panaskan non stick pan
  3. Tuangkan adunan ke dalam kuali , masak macam buat telur dadar atau lempeng tetapi mesti nipis-nipis
  4. Angkat dan gulungkan 
  5. Kemudian, potong serong-serong.








Resepi Roti Kerca Kuah Daging

Bahan untuk resepi kuah daging roti kerca :




  1. Satu keping daging burger ( cincang )
  2. Satu biji ubi kentang ( potong dadu )
  3. Satu biji lobak ( potong dadu )
  4. Satu biji bawang Holland  ( potong dadu )
  5. Satu tin kecil tomato puri
  6. Tiga Sudu Besar Rempah Kari Daging
  7. Tiga biji Bawang merah
  8. Dua Ulas Bawang Putih
  9. Setengah Inci Halia ( tumbuk )
  10. Satu Batang Kayu Manis
  11. Dua kuntum Bunga Lawang
  12. Dua Biji Buah Pelaga
  13. 200 ml susu rendah lemak
  14. Dua hingga tiga cawan Air
  15. Daun Sup
  16. Daun Bawang
  17. Bawang Goreng
  18. Sedikit minyak untuk tumis
  19. Gula dan Garam secukup rasa


Cara Buat Kuah Daging Roti Kerca

Cara Masak Kuah Daging Roti Kerca :

  1. Panaskan minyak sekejap. 
  2. Masukkan rempah tiga sekawan (  kayu manis, bunga lawing dan buah pelaga )
  3. Seterusnya, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk.
  4. Tumis hingga layu serta naik bau.
  5. Campurkan air dengan rempah, gaul rata dan masukkan dalam periuk tadi.
  6. Tumis lagi hingga naik minyak. 
  7. Apabila minyak sudah naik, masuk kan bawang holland
  8. Kacau kasi rata
  9. Masukkan daging kisar tadi.
  10. Biarkan sekejap untuk daging menjadi empuk dan masak.
  11. Kemudian, masukkan lobak, tomato puri dan susu.
  12. Kacau sebati. 
  13. Jika nak kuah lebih pandai pandai lah tambah air dan seimbangkan rasa ye.


Step akhir, masak sampai mendidih. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga ataupun para tetamu yang datang. Masa hidang taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng pada kuah daging ye. Cara buat kuah daging roti kerca mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali. Semoga berjaya.