Resepi Kuah Laksam Terengganu Original Paling Sedap Step By Step. Siap sudah laksam untuk minum petang di rumah mak mertua..Orang pantai timur terutama Terengganu, Kelantan dan Pahang memang suka makan laksam. Walaupun keluarga suami saya orang Johor, nasib baik mereka boleh terima laksam dan cakap sedap sangat sampai tak cukup. Kakak ipar awal-awal dah pesan suruh buat lagi laksam bila balik kampung sekali lagi nanti. Ini sudah kali ke berapa tak tahu saya buat laksam terengganu. Koleksi gambar laksam terengganu yang saya ambil pun dah bertambah banyak dalam memori telefon. Resipi kuah laksam terengganu original ini saya dapat dari seorang kenalan dulu. Bila sekali sediakan untuk ahli keluarga mendapat sambutan yang agak baik. Terus amalkan sampai lah ke hari ini.

Kepada yang belum tahu, laksam merupakan salah satu kuih muih tradisional terengganu yang sedap. Kebiasaannya masyarakat di sana menjadikan nya sebagai juadah sarapan pagi dan minum petang. Kombinasi kuah yang lemak manis, ulam ulaman seperti taugeh, timun, daun kesum yang di sertai sambal belacan mampu membuka selera sesiapa sahaja.  Jika mana mana orang yang melawat ke terengganu tanpa merasai sendiri air tangan orang di sana saya rasa teramat lah rugi. Okey lah, ada tak sesiapa yang nak tau cara nak buat kuah laksam terengganu ? Jom saya kongsikan resepi kuah laksam terengganu ori :






Resepi Kuah Laksam Terengganu Original

Ini Resepi Dan Cara Buat Laksam yang saya guna Resepi Laksam Terengganu Asli Original.


Kuah Laksam Terengganu Resepi
Resepi Kuah Laksam Terengganu Sedap


Cara Buat Kuah Laksam Terengganu
Cara Buat Laksam Sukatan Cawan


Cara Buat Kuah Laksam Terengganu

Cara Masak Kuah Laksam Terengganu :

Cara Membuat Kuah Laksam Terengganu
Cara Buat Kuah Laksam Terengganu


  1. Lima ekor ikan kembung (rebus dan ambil isi, kemudian kisar atau tumbuk bagi hancur)
  2. Satu sudu besar lada hitam
  3. Lima ulas bawang merah
  4. Dua batang serai dititik
  5. Sekotak santan (saya pakai jenama ayam brand)
  6. Air
  7. Garam dan gula secukup rasa
  8. Asam keping
>  Resepi Patin Masak Tempoyak Pahang

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Jawa

> Resepi Ayam Masak Kamheong Chinese Style

Kuah Laksam Terengganu Recipe
Kuah Laksam Terengganu Resepi



Kisar semua bahan yang telah saya sebutkan diatas kecuali garam, gula, santan dan asam keping. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan atas api pakai api sederhana. Akhir, baru masukkan garam dan gula sesedap rasa. Sekarang siap sedia untuk di hidangkan atas meja makan bagi santapan famili mahupun kepada para tetamu yang datang ke rumah. Cara buat kuah laksam terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi di lain kali. Salam.

> Resepi Gulai Ayam Kampung Kelantan Original