Resepi Ayam Kam Heong Simple Cara Buat Paling Mudah Dan Sedap. Masakan Kam Heong Ayam adalah antara menu yang terkenal di seluruh restaurant Cina dan juga terdapat di jual di restoran Melayu. Gambar ayam kamheong yang saya kongsikan dekat bawah bukan lah hangus ya namun rupa nya memang sebegitu. Jika sesiapa yang pernah makan hidangan ini di mana mana kedai makan atau di rumah kenalan berbangsa chinese pasti lebih arif tentang nya.
Saya lebih gemar menggunakan rempah kam heong ayam segera kerana jika kita tidak menggunakan perencah ayam kam heong ini maka nanti kita terpaksa homemade sendiri sos dan bahan yang harus di letakkan ke dalamnya. Kalau terlebih atau terkurang rasa kam heong akan lari dan tidak berbau wangi seperti resipi asalnya. Jadi pakai lah rempah yang saya syor kan untuk memudah kerja dan semestinya menghasilkan hidangan yang sedap serta di gemari ramai. Satu pek sahaja sudah cukup untuk satu hidangan. Mungkin terdapat lebihan untuk di simpan sebagai stok di masa hadapan.
Cara membuat kam heong yang saya tunjukkan ini tidak lah terhad kepada ayam kam heong sahaja tau malah boleh di pakai untuk memasak sotong kam heong, lala kam heong, udang kam heong, ketam kam heong dan sewaktu dengannya.
Ada tak sesiapa yang nak tau cara nak masak ayam kam heong ? Jom kita tengok resepi ayam masak kam heong chinese style yang saya selitkan di bawah :
Resepi Ayam Kam Heong Chinese Style |
Resepi Ayam Masak Kam Heong Simple
Bahan untuk resepi ayam kam heong mudah :
Resepi Ayam Masak Kam Heong Chinese Style |
Cara Masak Ayam Kamheong |
Bahan Perapan Ayam Kam Heong
- Ayam / Sotong / Udang / Lala / Ketam / Kupang
- Kicap cair
- Satu biji telur ayam
- Tepung jagung
Bahan B
- Bawang merah
- Bawang putih
- Daun Kari
- Serbuk kari
- Udang kering
- Perencah Kam Heong
> Resepi Ayam Masak Kicap Jawa
Cara Masak Ayam Kam Heong
Cara Masak Ayam Masak Kam Heong :
1. Perap ayam bersama kicap cair, satu biji telur dan sedikit tepung jagung. Pastikan bahan perapan kam heong ayam tidak terlalu cair. Biarkan selama 25 minit dan keatas untuk adunan meresap ke dalam ayam. Lagi lama lagi sedap. Seterusnya goreng ayam tersebut sampai warna bertukar kekuningan. Angkat, toskan serta ketepikan seketika.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama kita pakai tadi, tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan Udang kering yang siap di mayang. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan perencah Kam Heong ( lebih kurang separuh bungkus atau lebih, ikut selera memasing. Biar seimbang dengan bahan yang di gunakan. Bagi yang belum tahu, rempah ayam kam heong halal boleh di beli di pasaraya berhampiran rumah memasing. Satu lagi, perencah kam heong yang saya tunjukkan itu sudah cukup pedas, kalau nak lagi pedas sila tambah cili padi sendiri.
4. Masukkan sedikit serbuk kari dan kicap cair. Gaul sebati.
.
Step akhir, masuk balik ayam yang kita sudah siap goreng tadi dan gaul mesra semua bahan yang terdapat dalam kuali. Sekarang siap sedia untuk angkat dan di hidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga bersama nasi nasi putih panas-panas. Jangan terkejut lah kalau suami atau anak-anak akan tambah nasi beberapa pinggan ya. Cara buat ayam kam heong mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga sukses dalam semua perkara yang di lakukan seharian.
> Resepi Gulai Ayam Terengganu Asli
0 Comments