Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin Pahang Yang Pekat Kaw Simple Dan Paling Sedap. Dah lama tak pekena gulai tempoyak ikan patin temerloh original ni tau. Jarang jarang dapat makan. Dan kalau dah dapat makan kompem ketagih. Terima kasih encik suami kerana bawa balik ikan patin selepas semalaman keluar memancing. Entah umpan ikan patin sungai apa yang dia pakai hingga banyak juga dia dapat tangkap. Syukur juga sebab boleh simpan buat stok dalam peti ais untuk kegunaan kemudian hari. Jika harga ikan patin masak tempoyak di kedai boleh tahan juga lah. Lebih lebih lagi ikan patin buah. Jadinya sekali sekala je lah boleh merasa. Tu pun kalau ada duit simpanan lebih dan mengidam sangat. Okey lah, ada ke yang nak tau cara masak ikan patin tempoyak pahang ori tanpa guna bawang? Jom tengok resepi masak tempoyak ikan patin temerloh yang saya kongsikan dekat bawah.



Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh Asli



Resepi Ikan Patin Tempoyak Temerloh Ori

Bahan untuk resepi gulai tempoyak ikan patin pahang asli :






  1. Satu ekor ikan patin
  2. Satu senduk tempoyak ( boleh tambah untuk lebih pekat dan kaw. Terserah )
  3. Satu ikat daun kesum
  4. Satu batang bunga kantan
  5. Tujuh hingga lima belas biji cili api hijau ( jika suka pedas sila tambah )
  6. Satu inhci kunyit hidup
  7. Air
  8. Gula
  9. Garam
>Resepi Sambal Bunga Kantan Kering Pahang

Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Temerloh

Cara Masak Gulai Ikan Patin Tempoyak :









  1. Mula mula blend atau kisar tempoyak, kunyit hidup, dan cili hijau hingga sebati.
  2. Dah siap blend, masukkan ke dalam periuk yang sudah di dengan air. Sukatan agak agak sendiri ya. 
  3. Masukkan sekali daun kesum serta bunga kantan.
  4. Apabila kuah sudah mendidih, baru masukkan ikan patin. 
> Resepi Dodol Kukus Pahang




Step akhir, perasakan guna garam dan gula. Biarkan hingga masak. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas panas dan ulam ulaman untuk santapan sendiri mahupun bersama ahli keluarga yang lain. Cara buat gulai ikan patin tempoyak mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga berjaya.

> Resepi Bubur Asyura Pahang Sukatan Cawan