Resepi Serbuk Pencicah Buah Ala Thai Mudah Sedap. Serbuk asam boi pernah dengarkan ? Haa serbuk pencicah buah atau loghat kelantan nya colek buah, lebih kurang dengan serbuk asam boi tu lah. Sedap pekena dengan mangga, buah jambu, buah nenas dan yang sewaktu dengannya. Makan sekali pasti nak lagi punya la. Ketagih ketagih. Jom saya kongsikan resepi colek buah thailand :
Colek Buah Kelantan |
Resepi Serbuk Colek Buah Thailand Sedap Simple Ringkas
Bahan untuk resepi colek buah kelantan :
- Lima belas tangkai lada kering ( kalau suka pedas lebihkan, dan sebaliknya )
- Tiga inchi belacan
- Satu cawan udang kering
- Dua cawan gula pasir
- Sangai semua bahan diatas kecuali gula pasir atas dapur sampai garing.
- Dah garing, biarkan sampai betul-betul sejuk
> Resepi Somtam Betik Thai
Cara Buat Serbuk Pencicah Buah Ala Thai
Cara membuat serbuk pencicah buah thai :
- Dah sejuk, masukkan bahan yang telah kita sangai ke dalam blender kering.
- Masukkan gula pasir.
- Blend sampai sebati.
Step akhir, bubuh dalam bekas kedap udara untuk serbuk pencicah buah tahan lama. Siap. Satu lagi kalau rasa tak cukup masin, tambah garam ye. Cara buat serbuk colek buah ala thai mudah je kan, selamat mencuba semua.
> Resepi Rojak Buah Thai
> Resepi Rojak Buah Thai
0 Comments