Resepi Bubur Lambuk Johor Noxxa Simple Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan. Oleh kerana hari ini badan rasa sedikit lemah dan kurang selera makan, maka terpaksalah masak sendiri bubur lambuk johor bahru yang dapat menaikkan selera untuk menambah tenaga demi meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Cara nak buat bubur lambuk johor mudah sahaja, saya guna periuk noxxa. Dalam dua puluh minit dah siap. Ada yang nak cuba resepi bubur lambuk johor simple ? Saya ada selitkan resepi bubur lambuk johor sukatan cawan :

Resepi Bubur Lambuk Johor Sedap Sukatan Cawan
Resepi Bubur Lambuk Johor Mudah Sukatan Cawan

Resepi Bubur Lambuk Johor Sedap Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi bubur lambuk johor sedap : 

Bubur Lambuk Johor Resepi
Bubur Lambuk Johor Sedap


Bahan A : Blend


  1. Satu biji bawang besar
  2. Tiga ulas bawang putih
  3. Setengah inci halia
  4. Satu camca teh lada hitam
  5. Satu genggam udang kering



  • Blend semua bahan diatas


Bahan B


  1. Satu cawan beras ( cuci serta toskan )
  2. Sepuluh cawan air
  3. Satu cawan santan
  4. Satu helai daun pandan ( simpul )
  5. Dua batang serai ( ketuk )
  6. Satu sudu besar penuh rempah kurma Babas ( nak lagi sedap campur dengan rempah beriani)
  7. Satu kiub ayam
  8. Satu sup bunjut
  9. Satu cawan mix vege (lobak. jagung, kacang pis dan yang sewaktu dengannya)
  10. Satu batang kayu manis
  11. Satu kuntum bunga lawang
  12. Lima kuntum bunga cengkih
  13. Dua biji buah pelaga
  14. Kunyit sikit ( optional )
  15. Garam sesedap rasa
  16. Isi ayam atau daging atau meatball atau kerang atau yang sewaktu dengannya.


Bahan C : Hiasan



  1. Hirisan daun bawang
  2. Hirisan daun sup
  3. Bawang goreng
  4. Hirisan telur dadar
  5. Serunding daging atau serunding ayam
  6. Telur masin
  7. Kobis jeruk
  8. Sedikit serbuk lada hitam
  9. Sambal kicap


Cara Buat Bubur Lambuk Johor

Bubur Lambuk Johor Recipe
Bubur Lambuk Johor Resepi


Cara membuat bubur lambuk johor :



  1. Satukan bahan yang kita blend tadi dengan rempah.
  2. Kacau sebati sampai jadi pes.Ketepikan seketika.
  3. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. 
  4. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta serai hingga naik bau. 
  5. Masukkan pes rempah yang kita asingkan tadi.
  6. Kacau sampai pecah minyak. 
  7. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
  8. Tuang air ke dalamnya
  9. Masukkan pula daun pandan, kiub ayam, sup bunjut, isi ayam atau daging. 
  10. Kacau rata serta masak sampai beras kembang menjadi bubur. 
  11. Masukkan sayur-sayuran, 
  12. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.


Cara Buat Bubur Lambuk Johor
Cara Masak Bubur Lambuk Johor


Step akhir, masuk santan dan jika suka cair sila tambah air sikit. Sekarang siap untuk dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan. Cara masak bubur lambuk johor mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.