Resepi Bubur Nasi Noxxa Sedap Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple Ayam Daging Ala Mcd. Sarapan kami satu keluarga tadi iaitu bubur nasi berlauk ayam yang mudah dan sedap serta ala thai lah sangat. Asyik makan berat sahaja setiap hari, sekali sekala kita kena rehatkan juga perut kita dengan makanan yang mudah hadam. Ini sebenarnya resepi nasi bubur bayi 6 bulan dan keatas yang saya guna untuk anak-anak saya semasa mereka dalam tempoh tumbesaran. Tapi dulu semua saya masak atas dapur tak macam sekarang sudah moden ada periuk noxxa pressure cooker. Kepada yang duduk bertanya bubur nasi noxxa berapa minit nak masak, apa bahan-bahan bubur nasi noxxa dan lain lain soalan yang sewaktu dengannya, semua jawapan sudah saya tulis dekat bawah. Sekarang jom tengok resepi bubur nasi sedap guna periuk noxxa :
Resepi Bubur Nasi Noxxa Sedap Sukatan Cawan |
Resepi Bubur Nasi Sedap Dan Mudah Cepat Masak Guna Periuk Noxxa
Resepi bubur nasi simple dan sedap :
Bahan A
- Satu pot beras
- Tujuh cawan air
- Setengah batang lobak ( potong dadu )
- Dua ketul isi bahagian dada ayam
Bahan B
- Satu sudu kecil garam
- Satu sudu kecil pati ayam
- Sayur-sayuran ( ikut suka, saya letak sawi dan bayam sahaja )
> Resepi Nasi Daging Noxxa Versi Utara
Bahan C : Tambahan/ Hiasan
- Bawang goreng
- Ikan bilis goreng
- Hirisan Daun sup
Resepi Bubur Nasi Sedap Sukatan Cawan |
Cara buat bubur nasi sedap :
- Hp 20 minit semua bahan A
- Offkan suis tapi jangan lepaskan wap lagi. Biarkan dulu dalam lima belas minit untuk elak kanji merecik keluar. Nanti kotor tombol periuk noxxa kita.
- Selepas lima besa minit, baru buka tudung periuk.
Bubur Nasi Noxxa Berapa Minit |
Step akhir, Tekan SF dan masukkan semua bahan B. Kacau sampai sayur sayuran layu dan bubur nasi mencapai kepekatan yang diingini. Sekarang siap untuk dihidangkan bersama bahan-bahan tambahan seperti ikan bilis, hirisan daun sup serta bawang goreng. Cara buat bubur nasi cepat masak mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali. Terima kasih.
> Resepi Steamboat Tomyam Noxxa Sedap
> Resepi Steamboat Tomyam Noxxa Sedap
0 Comments