Resepi Mee Rebus Terengganu Original Masak Style Paling Sedap Bebola Ikan. Salam semua. Dah makan tengahari ke belum ? Saya baru je siapkan juadah untuk ahli keluarga ni. Kami makan mee rebus terengganu yang paling sedap dan mudah je. Tak salah ada juga sebahagian masyarakat di sana menggelarnya sebagai mee calong terengganu. Kalau tak salah lah. Saya tak arif sangat dalam nama-nama masakan ni. Resepi mee rebus terengganu ori saya dapat dari saudara yang menetap di sana. Resepi mee rebus terengganu tanpa kiub pati ayam tau. Habis licin kuah dihirup anak-anak dan suami. Syukur sangat.
Untuk pengetahuan semua, mee rebus terengganu agak berbeza dengan resipi mee rebus negeri lain. Salah satunya adalah tidak menggunakan ubi keledek berbanding di tempat- tempat lain. Sesiapa yang pernah menikmatinya pasti lebih tahu. Antara mi rebus dari pelbagai negeri seperti mee rebus johor, mee rebus jawa, mee rebus utara, mee rebus kelantan, mee rebus mamak dan lain lain lagi. Mi rebus terengganu lah yang paling kena dengan selera saya. Jika dulu jarang -jarang sahaja dapat makan sebab tiada ilmu berkaitan namun sekarang bila sudah pandai buat mee rebus homemade sendiri di rumah boleh lah makan selalu ye tak. Tambahan sekarang sudah berumah tangga dan beranak pinak dapat lah juga berjimat cermat dari menghabiskan duit di kedai makan. Boleh kurang kan beban ekonomi keluarga. Ada yang nak cuba ke, jom saya kongsikan resepi mee rebus terengganu paling sedap untuk rujukan semua

Resepi Mee Rebus Terengganu |
Resepi Mee Rebus Terengganu Sedap
Bahan untuk resepi mee rebus terengganu simple :
Mee Rebus Terengganu Simple |
Bahan A :Tumis
- Minyak masak sikit
- Bawang putih
- Bawang besar
- Lada hitam
> Resepi Ayam Masak Kam Heong Chinese Style
Bahan B
- Ayam/ daging/ sotong/ udang dan sewaktu dengannya
- Air
- Bebola ikan
- Sayur- sayuran ( sawi, lobak, kobis, tomato dan sewaktu dengannya)
- Garam
- Gula
- Ajinamoto ( optional )
- Mee Kuning
- Telur Ayam ( saya letak dua biji, nak letak lebih pun boleh )
Resepi Mi Rebus Terengganu |
Cara Masak Mee Rebus Terengganu |
Bahan C : Tambahan
- Lada hitam
- Hirisan Cili Padi
- Sos cili atau sos tomato
- Kicap
- Limau kasturi
- Bawang goreng
- Daun sup
Cara Buat Mee Rebus Terengganu
Mee Rebus Terengganu Resepi |
Cara Membuat Mee Rebus Terengganu :
- Tumbuk atau blend semua bahan tumisan.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumis sampai naik bau.
- Masukkan ayam dan tumis lagi dalam beberapa minit.
- Seterusnya masukkan air.
- Biarkan hingga mendidih.
- Masukkan bebola ikan
- Masukkan sayur-sayuran
- Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto.
- Bila sudah menggelegak, masukkan mee kuning
Resepi Mee Rebus Terengganu Sedap |
Step akhir, pecahkan telur satu per satu ke dalamnya. Kacau-kacau sikit putih telur tanpa usik kuning telurnya. Faham kan. Sekarang, siap sedia untuk dihidangkan atas meja bersama bahan C (tambahan ) untuk santapan ahli keluarga dan para tetamu yang bertandang ke rumah anda. Cara masak mee rebus terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi dilain kali ya. Semoga berjaya.
0 Comments