Resepi Kuih Asam Gumpal Kelantan Sukatan Cawan Masak Kuih Muih Tradisional Simple Viral. Kuih sagupal kelantan yang mudah dan sedap in da house. Rezeki kami sekeluarga untuk makan malam. Jika diberi senarai kuih muih kelantan bulan puasa, sagu gumpal merupakan salah satu kuih tradisional kelantan yang saya paling suka makan serta wajib beli bila ke bazar ramadhan. Rasanya yang lemak manis bersama inti kacang hijau membuatkan kita tanpa sedar semua sudah habis masuk ke dalam perut. Ketagih tau sekali suap kompem nak lagi. Tambah tambah yang baru keluar dari peti sejuk. Memang terbaik. Ada ke sesiapa yang ingin tau cara nak buat asam gumpal kelantan ? Jom tengok selitan dibawah mengenai resepi sagupal kelantan asli sukatan cawan :
Resepi Asam Gumpal Kelantan Sedap |
Resepi Sagupal Kelantan Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap
Bahan untuk resepi sagupal kelantan sedap :
Resepi Kuih Asam Gumpal Kelantan Sedap |
Bahan A : Inti Kacang
Resepi Inti Kacang Hijau Asam Gumpal Kelantan |
Resepi Inti Asam Gumpal Kelantan :
- Setengah cawan kacang hijau
- Satu cawan gula pasir
- Air secukupnya.
Resepi Sagupal Kelantan Sukatan Cawan |
> Resepi Kuih Ulat Bulu Kelantan Sukatan Cawan
Cara Buat Inti Kuih Asam Gumpal Kelantan
Cara buat inti asam gumpal kelantan ;
- Rebus kacang hijau bersama air sampai empuk
- Bila air sudah kering sikit, masukkan gula.
- Kacau sampai kering.
- Sejukkan dan gentel bulat-bulat.
- Ketepikan sekejap.
Sagupal Kelantan Resepi |
Bahan B : Sagupal
- Dua cawan sagu ( cuci dan rendam sekejap dengan air panas sampai kembang, letak air sama paras dengan sagu dan sedikit pewarna jika nak buat asam gumpal warna warni )
- Tiga cawan santan sederhana pekat
- Setengah cawan air
- Satu biji bawang merah ( hiris )
- Setengah ibu jari halia ( hiris )
- Setengah sudu teh halba
- Gula dan garam sesedap rasa
Cara Buat Asam Gumpal Warna Warni |
> Resepi Kuih Badak Kelantan Asli
Cara Buat Sagupal Kelantan
Cara buat asam gumpal kelantan :
Resepi Kuah Sagupal Kelantan Asli |
- Basahkan tapak tangan guna minyak atau air.
- Ambil sedikit sagu yang telah siap di rendam dan ratakan.
- Seterusnya letak inti yang kita buat tadi.
- Kepalkan bulat sampai inti sagupal tertutup.
- Seterusnya, sapukan periuk pengukus dengan minyak.
- Susun kuih sagupal
- Panaskan periuk pengukus dan kukus selama sepuluh minit hingga jadi warna jernih.
Cara Buat Kuah Asam Gumpal Kelantan |
Sementara menunggu, kita boleh lah buat kuah santan asam gumpal. Panaskan santan, air, halia, halba, bawang, garam serta gula sambil kacau agar santan tidak pecah. Apabila sudah hampir mendidih, masukkan sagupal yang kita kukus tadi ke dalam nya.
Step akhir, kacau perlahan-lahan dan masak selama dua tiga minit lagi bagi sebati.Tutup api dapur. Sekarang siap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga mahupun tetamu yang berkunjung ke rumah.
Makan ketika masih suam-suam atau boleh juga kalau nak sejukkan dalam peti ais. Cara masak sagupal kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Moga sukses.
> Resepi Ayam Percik Kelantan Asli
Asam Gumpal Kelantan Resepi Sedap |
Step akhir, kacau perlahan-lahan dan masak selama dua tiga minit lagi bagi sebati.Tutup api dapur. Sekarang siap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga mahupun tetamu yang berkunjung ke rumah.
Kuih Asam Gumpal Kelantan Sukatan Cawan |
Makan ketika masih suam-suam atau boleh juga kalau nak sejukkan dalam peti ais. Cara masak sagupal kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Moga sukses.
> Resepi Ayam Percik Kelantan Asli
0 Comments