Resepi Kek Oren Moist Kukus Sukatan Cawan Guna Periuk Noxxa Mudah Sedap Simple Lembut Gebu Viral. Resepi kek oren sunquick bakar sukatan cawan asalnya tapi saya olah menjadi resepi kek oren kukus mudah, sedap, lembut dan gebu. Ini semua gara-gara sikap keremajaan yang selalu ingin mencuba masih lagi menebal dalam diri. Lagipun beli periuk noxxa pressure cooker mahal-mahal takkan nak biarkan berkarat dalam almari sahaja. Kita harus berani menyahut cabaran kerajaan agar berani berinovasi dan kreatif. Syukur menjadi dengan jayanya. Anak-anak pun suka. Cara buat kek oren sunquick mudah sahaja, jom tengok dekat bawah resepi kek oren moist noxxa.
Resepi Kek Oren Moist Noxxa Sukatan Cawan Gebu Dan Lembut
Bahan untuk resepi kek oren sunquick noxxa :
Bahan A
- Satu cawan mentega
- Satu cawan gula kastor
- Lima biji telur
- Enam sudu pati oren sunquick ( boleh di gantikan dengan jus dari buah oren, kuantiti terserah )
- Satu per tiga cawan susu cair
- Satu sudu teh esen vanilla
Bahan B : Bahan Ayak
- Dua cawan tepung gandum
- Satu sudu besar baking powder
> Resepi Kek Coklat Moist Noxxa Sukatan Cawan
Cara buat kek oren noxxa :
- Putar mentega dengan gula kastor hingga kembang serta putih.
- Masukkan telur secara sebiji -sebiji sambil di putar
- Masukkan pati oren sunquick dan susu cair
- Putar rata.
- Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder tadi.
- Masukkan esen vanila
- Kaup balik sampai rata dengan menggunakan senduk kayu
- Sapu acuan dengan mentega sikit agar tak melekat nanti.
> Resepi Nasi Daging Noxxa Sedap
Step akhir, masukkan adunan ke dalam inner pot dan steambath selama 30 minit. Siap. Cara buat kek oren guna periuk noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi lain hari. Salam.
> Resepi Dodol Noxxa 6 Minit
> Resepi Dodol Noxxa 6 Minit
0 Comments