Resepi Kuih Angkoo Sukatan Cawan Cara Membuat Step By Step Nyonya . Biasa makan kuih muih tradisional melayu, hari ini kita tukar selera sikit makan kuih muih tradisional cina yang sedap dan mudah. Bagi yang belum tahu, kueh ang koo turut dikenali sebagai kuih kura kura merah sejak berzaman lagi. Angku kueh di datangkan dengan warna merah. kerana menurut kepercayaan orang cina, warna merah melambangkan kebahagiaan dan kegembiraan manakala kura kura pula melambangkan ketabahan, panjang umur serta kuasa. Kebiasaannya kuih angku mudah di temui ketika sesuatu upacara dijalankan seperti hari perayaan, hari lahir dan sewaktu dengannya. Begitulah serba sedikit tentang maklumat kuih angku yang saya tanya pada uncle google sebentar tadi, kalau salah sila perbetulkan ya di ruangan komen. Ada yang nak tau cara buat angku kueh? Jom tengok selitan dekat bawah tentang resepi angku inti kacang merah sukatan cawan :
Resepi Kuih Angku Cina Halal |
Resepi Kuih Angkoo Halal
Resepi Kuih Angku Halal |
Bahan untuk resepi kuih angku halal :
- Dua setengah cawan tepung pulut
- Setengah cawan tepung gandum
- Satu, satu per empat cawan air
- Secubit garam
- Pewarna
- Inti kacang merah atau inti kacang hijau atau inti kacang dhal ( gentel bulat )
- Daun pisang secukupnya ( potong ikut acuan angkoo )
> Resepi Inti Kacang Merah Kuih Angku
Kuih Angkoo Resepi |
Cara Buat Kuih Angkoo Halal
Cara buat kuih angku halal ;
- Masukkan kedua-dua tepung dalam satu mangkuk dan gaul rata.
- Masukkan air (dah siap campur garam dan pewarna) secara sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
- Gaul serata serta uli agar menjadi doh yang tidak melekat pada tangan
- Kemudian, bulat-bulatkan doh tersebut.
- Leperkan sedikit dan masukkan inti. ( Inti kacang merah kalau tak nak buat pergi beli di kedai bakery berhampiran rumah, biasa mereka ada jual )
- Gentel balik untuk tutup inti.
- Seterusnya, celup doh tersebut ke dalam bekas berisi minyak masak ( jangan golek-golekan doh ketika dalam minyak tu tau )
- Masukkan ke dalam acuan kuih angku dan tekan perlahan-lahan sampai rata.
- Letak atas daun pisang yang sudah di oles dengan minyak ( saya ketuk sikit dan cungkil guna lidi untuk keluarkan kuih angku dari acuan )
- Panaskan air kukusan sampai betul-betul mendidih.
Step akhir, kukus selama lima belas minit atau sampai masak. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli keluarga atau saudara mara yang datang bertandang ke rumah. Cara membuat kuih angku cina mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.
> Resepi Pau Bakar Cina Halal Sukatan Cawan
0 Comments