Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Kuih Yang Sedap Step By Step. Kuih nona manis resepi step by step ada saya lampirkan dekat bawah untuk rujukan semua. Asyik beli je sekali sekala kita kena lah buat sendiri juga kan. Lagipun, tak rugi kita belajar cara membuat nona manis sebab kuih ini ramai penggemarnya yang tersendiri. Saya jika rumah buat open house ke, kenduri kendara ke kompem saya akan sediakan kuih nona manis untuk santapan tetamu. Macam biasa ianya akan laku keras dan cepat habis. Ada penggemar kuih nona manis yang sedap ini tak ? Jom saya tengok resepi kuih nona manis sedap sukatan cawan :
Resepi Nona Manis Pandan Sukatan Cawan |
Resepi Nona Manis Sedap Dan Mudah Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi nona manis simple :
Nona Manis Pandan Sukatan Cawan |
BahanA : Adunan Hijau
- Satu biji telur
- Satu cawan gula halus
- Dua cawan santan
- Dua cawan tepung gandum
- Pukul telur guna sudu.
- Dalam bekas lain, masukkan santan,gula dan tepung gandum. Kacau sebati
- Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul tadi..
- Ketepikan.
Bahan B
- Satu cawan santan pekat
- Satu cawan air daun pandan
- Setengah cawan gula halus
- Setengah cawan tepung jagung
- Sedikit garam
- Pewarna hijau
- Satukan semua bahan B dan kacau sampai sebati. Jangan bagi bergentel.
- Masak guna api sederhana sampai meletup-letup serta berkilat. Tutup api.
********
- Seterusnya, satukan adunan bahan A dan adunan bahan B.
- Blend sampai sebati.
- Ketepikan.
Bahan C : Adunan Putih
- Tiga cawan santan pekat
- Empat sudu besar tepung gandum
- Garam secukup rasa
- Satukan semua bahan C dan kacau hingga tidak bergentel.
- Masak atas dapur sampai sedikit pekat.
- Masukkan ke dalam piping bag.
- Ketepikan seketika.
Nona Manis Resepi Mudah |
Cara Buat Nona Manis Step By Step
Cara Buat Kuih Nona Manis Pandan |
Cara buat nona manis sedap :
- Tuang adunan yang kita blend tadi ( A+B ) ke dalam acuan lompang yang sudah di oles dengan minyak. (3/ 4 penuh )
- Paipkan adunan bahan C pada bahagian tengah.
Nona Manis Sukatan Cawan |
Step akhir, kukus selama sepuluh minit atau sampai masak. Untuk mengelakkan air menitik pada permukaan kuih sila lapkan tudung pengukus setiap lima minit ya. Bila sudah masak, angkat dan biarkan seketika sebelum keluarkan dari acuan. Sekarang siap untuk di hidangkan kepada tetamu mahupun anak anak yang berada di rumah. Cara buat nona manis mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi lain kali.
0 Comments