Resepi Popcorn Caramel Mudah Masak Guna Periuk Noxxa 2 Minit Rangup Madu Butterscotch Coklat . Warna warni kehidupan bekeluarga malam tadi bersama anak-anak tersayang. Al kisah petang tadi kami anak beranak keluar shopping barang dapur di pasaraya berhampiran. Entah macamana tanpa disedari masa nak bayar tetiba muncul bertih jagung dalam bakul ketika tiba di mesin pembayaran. Saya dengan yakin tidak melakukan perbuatan tersebut. Bila soal siasat dijalankan di rumah, sambil gelak besar rupa rupanya suami saya sendiri mengaku dia yang ambil biji jagung dan letak ke dalam bakul. Dia saja nak kenakan saya kononnya sebab saya sebelum keluar beli barang dapur selalu buat bajet dan bawa duit cukup cukup sahaja. Ada yang nak tau cara buat popcorn caramel guna periuk noxxa ? Jom tengok resepi popcorn periuk noxxa yang mudah dan rangup :
Resepi Popcorn Noxxa Pressure Cooker |
Resepi Popcorn Caramel Noxxa
Bahan untuk resepi popcorn karamel mudah :
Cara Buat Popcorn Caramel Mudah |
Bahan A
- Dua sudu besar minyak masak
- Satu per tiga cawan jagung popcorn
Cara Buat Popcorn Manis |
Bahan B : Caramel
- Satu per empat cawan gula ( boleh kurangkan atau lebihkan )
- Dua sudu besar marjerin
- Madu sikit ( tak nak letak pun takpe )
- Pewarna sikit ( tak nak letak pun takpe )
Popcorn Noxxa Pressure Cooker |
> Resepi Dodol Noxxa 6 Minit
Cara Buat Popcorn Warna Warni
Popcorn Caramel Resepi |
Cara buat popcorn simple :
- Stir Fry untuk panaskan inner pot periuk noxxa sekejap.
- Kemudian, masukkan minyak.
- Bila minyak sudah panas, masukkan jagung.
- Gaul rata.
- Off stir fry
- Tutup tudung periuk dan HP 2 minit..
- Buka tudung periuk dan keluarkan popcorn ke dalam bekas lain apabila bunyi letupan pop-pop sudah terhenti.
- Dengan periuk masih panas, tekan menu Stir Fry sekali lagi dan masukkan gula.
- Bila gula mula mencair, tekan off. ( untuk elak gula menjadi hangit dan pahit )
- Kacau gula secara perlahan-lahan dan masukkan majerin beserta sedikit madu. ( Bagi yang nak buat popcorn warna warni, letak pewarna masa ni juga ye ).
- Kacau kacau sebati.
> Resepi Kek Coklat Moist Noxxa
Cara Buat Popcorn Warna Warni |
Step akhir, masukkan popcorn tadi dan gaul hingga rata. Sekarang siap untuk dimakan bersama anak-anak sebagai jajan depan tv. Cara buat popcorn mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan ketemu lagi dilain waktu. Semoga berjaya.
> Resepi Seri Muka Pandan Noxxa Sukatan Cawan
0 Comments