Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Guna Periuk Noxxa Sedap Mudah Simple. Pagi semua. Sarapan apa tadi ? Saya bersama ahli keluarga mengalas perut dengan kuih tradisional melayu yang mudah dan sedap. Antara kuih paling digemari oleh suami dan saya sendiri. Mesti ramai yang kenal dan suka kan. Kepada yang belum kenal, inilah kue seri muka pandan. Namun saya telah moden kan proses penyediaannya dengan menggunakan noxxa pressure cooker. Masa yang diambil lebih singkat berbanding kuih seri muka pandan kukus atas dapur biasa. Ada yang nak tau cara kukus pulut dalam noxxa, jom tengok resepi seri muka pandan noxxa sukatan cawan step by step :

Seri Muka Noxxa Resepi Sukatan Cawan
Seri Muka Noxxa Resepi Mudah


Resepi Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Noxxa

Cara Kukus Pulut Periuk Noxxa
Cara Kukus Pulut Noxxa


Bahan untuk resepi kuih seri muka pandan sukatan cawan noxxa :


Resepi Seri Muka Pandan Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Seri Muka Noxxa Sukatan Cawan


Bahan A : Lapisan Bawah


  1. Dua cawan beras pulut ( rendam sepuluh minit )
  2. Dua setengah cawan santan cair
  3. Setengah sudu kecil garam


Cara Buat Seri Muka Pandan Noxxa
Cara Buat Seri Muka Noxxa



Bahan B : Lapisan Atas


Resepi Kuih Seri Muka Pandan Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Kuih Seri Muka Noxxa Sukatan Cawan



  1. Dua cawan santan pekat
  2. Setengah cawan air pandan ( blend lima helai daun pandan bersama air, kemudian tapis )
  3. Setengah cawan gula pasir
  4. Setengah cawan tepung gandum
  5. Dua sudu tepung kastard
  6. Satu sudu Pewarna hijau
  7. Sedikit garam.


Kuih Seri Muka Pandan Noxxa Sukatan Cawan
Kuih Seri Muka Noxxa Pandan


Cara Buat Seri Muka Noxxa

Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Noxxa
Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Noxxa


Cara Buat Kuih Seri Muka Noxxa :

Kuih Seri Muka Noxxa Berapa Minit
Seri Muka Noxxa Berapa Minit



  1. Letak pelapik dan acuan kuih seri muka ke dalam innerpot. 
  2. Masukkan satu cawan air ke dalam inner pot. ( bukan ke dalam acuan ya )
  3. Seterusnya, ambil beras pulut yang telah di rendam dan hp 7 minit bersama bahan A yang lain.
  4. Dalam bekas lain, satukan semua bahan B dan kacau hingga sebati.
  5. Kemudian, tuang atas pulut tadi.


Cara Buat Kuih Seri Muka Sukatan Cawan
Cara Buat Seri Muka Sukatan Cawan


Step akhir, steam selama 25 minit. Bila sudah siap, biarkan sejuk seketika sebelum potong. Cara kukus kuih seri muka guna noxxa mudah sahaja kan, selamat mencuba semua. Jika tiada apa-apa halangan kita jumpa lagi di lain hari. Salam.