Resepi Sambal Tumis Belacan Terengganu Sedap Asli Original Cara Masak Paling Mudah Dan Sedap Telur. Syukur sangat rasanya kerana berjaya belajar dengan mak saudara cara masak tumis belacan.Terengganu yang mudah dan sedap. Ada juga sesetengah orang panggil tumis kuali. sebab kena tumis lama dalam kuali. Takde jual di mana-mana tau. Untuk pengetahuan semua selain ikan singgang, tumis belacan juga merupakan lauk pauk terengganu yang sangat popular dikalangan masyarakat. Cara nak buat tumis belacan tak guna minyak langsung tau. Makan bersama nasi putih panas, nasi kerabu, telur rebus, ulam-ulamaan kompem tak ingat dunia dan boleh habis sampai tiga pinggan. Saya paling suka belajar makanan tradisional melayu kerana sangat sedap dan kena dengan selera anak tekak saya. Jom tengok resepi sambal belacan terengganu :
Resepi Tumis Belacan Terengganu |
Resepi Tumis Telur Terengganu Asli Original Tradisional
Bahan untuk resepi tumis belacan terengganu ori :
Resepi Sambal Tumis Belacan Terengganu |
Bahan A : Blend
- Sepuluh biji bawang merah
- Lima belas biji cili api
- Dua sentimeter Halia
- Empat batang serai
Bahan B
- Santan ( satu biji kelapa tua )
- Lima sudu cili boh
- Satu per empat nissan atau gula melaka saiz besar.
- Dua sentimeter belacan
- Garam satu sudu kecil
- Empat keping asam keping.
> Resepi Kuih Asam Gumpal Terengganu Asli Original
Resepi Sambal Tumis Telur Terengganu |
Bahan C : Tambahan
- Telur Rebus ( boleh juga kalau tak nak letak, saya tak letak pun )
Sambal Tumis Belacan Terengganu |
> Resepi Bubur Asyura Terengganu Sukatan Cawan Asli Ori Sedap
Cara Buat Sambal Belacan Kampung
Cara tumis telur rebus :
- Blend bahan A. Ketepikan seketika.
- Masak santan hingga pecah minyak.
- Masukkan bahan yang kita blend tadi.
- Masukkan cili boh.
- Masukkan asam keping dan gula nissan atau gula melaka.
- Masak hingga surut menggunakan api kecil
- Bila sudah surut, masukkan garam.
Step akhir, biarkan sampai kering. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja untuk santapan semua. Cara buat sambal tumis belacan terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.
> Resepi Mee Rebus Terengganu Asli
> Resepi Mee Rebus Terengganu Asli
0 Comments