Resepi Fish Sothi Indian Original Recipe Yellow Fish Curry Membuat Masak Ala Mamak Tradisional Mudah Dan Paling Simple Viral. Salam semua. Menu tengahari makan apa hari ini ? Saya bersama ahli keluarga makan hidangan simple sahaja iaitu nasi putih bersama fish sothi indian yang mudah dan sedap. Saya dapatkan resepi fish sothi sedap dan mudah ini daripada seorang kenalan lama yang berbangsa india sewaktu menetap di rumah sewa dulu. Rumah kami berjiran dan hubungan kami pun sangat rapat antara satu sama lain. Petang petang jika semua kerja rumah kerap juga kami luangkan masa bersama untuk berbincang hal ehwal semasa serta bergosip sakan. Dia menetap dekat situ sebab ikut suami yang kena bertugas. Lepas pindah kami sudah jarang berhubung. Al maklum dahulu kala mana ada lagi handphone ni. Yang ada cuma surat, public phone dan telefon rumah. Saya pun dah berpindah ke tempat baru sekarang jadi makin susah lah kami nak berkomunikasi lagi. Semoga suatu hari kami kembali bertemu. Ada sesiapa nak tau cara masak fish sothi india ? Jom saya kongsikan resepi kari ikan kuning india versi mamak restoran :

Fish Sothi Indian Recipe
Resepi Fish Sothi India Halal



Resepi Fish Sothi Mamak Kari Ikan Kuning Versi India

Bahan untuk indian fish sothi recipe :


Resepi Fish Sothi Sedap
Fish Sothi India Resepi


Bahan A


  1. Beberapa ekor ikan
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam

  • Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam
  • Perap sekejap
  • Kemudian, goreng.
  • Ketepikan seketika

Cara Memasak Fish Sothi India
Cara Masak Fish Sothi India




Kari Ikan Kuning India Resepi
Resepi Kari Ikan Kuning India Halal


Bahan B : Tumisan


  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Herba campur ( halba,sawi, jintan- saya beli dekat kedai runcit yang dah siap packing )
  5. Daun kari
  6. Serai

> Resepi Maruku Sedap Dan Lembut

Resepi Kari Ikan Kuning Ala Mamak
Resepi Kari Ikan Kuning Mamak

Bahan C


  1. Tomato
  2. Cili Merah
  3. Cili Hijau
  4. Air Sikit
  5. Serbuk kunyit
  6. Asam keping
  7. Garam dan gula secukup rasa.
  8. Santan
  9. Daun ketumbar

Cara Masak Kari Ikan Mamak
Cara Buat Kari Ikan Mamak

> Resepi Maruku Batang Wali India Asli

Cara Buat Fish Sothi India

Cara membuat fish sothi india ;

Yellow Fish Curry Indian Recipe
Fish Sothi Recipe


  1. Tumis bahan tumisan sampai naik bau.
  2. Masukkan hirisan tomato, cili merah serta cili hijau. Tumis lagi hingga layu
  3. Seterusnya masukkan air sikit. Jangan banyak tau.
  4. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping
  5. Perasakan guna garam dan gula sesedap rasa
  6. Biarkan sampai mendidih.
  7. Kemudian masukkan ikan yang telah kita goreng tadi
  8. Biarkan mendidih.
  9. Masukkan santan dan kacau.
Fish Sothi Recipe
Recipe Fish Sothi Indian Original

Step akhir, masukkan daun ketumbar. Jangan di gantikan dengan daun sup ya, nanti lari pulak rasanya kuah fish sothi.Siap. Sekarang dah boleh di hidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga mahupun para tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara buat fish sothi indian mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada apa apa urusan kita jumpa lagi lain kali. Salam.

> Resepi Idli Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan