Resepi Roti Nan Cheese Lembut Sukatan Cawan Membuat Naan Goreng Bakar Step By Step Azlina Ina Tanpa Paling Gebu Halal Noxxa.  Roti nan viral in the house you all. Nak panggil resepi roti nan goreng boleh hendak panggil resepi roti nan bakar pun boleh. Ini semua gara gara kedua dua kaedah kita boleh gunakan. Kukus sahaja saya belum cuba. Hasilnya cheese leleh bergetah, lembut dan gebu boleh tengok gambar kalau tak percaya. Saya ambil resepi roti azlina ina yang sedang tular dan lalu lalang di laman sosial milik saya. Tak tahan tengok setiap hari ada orang share. Akhirnya bersiap ke pasar raya beli semua bahan untuk buat roti nan cheese leleh dan bersilat sorang-sorang kat dapur. Anak anak semua pergi sekolah jadi takde lah pembantu. Ada yang nak tau cara membuat roti nan lembut ? Jom saya kongsikan resepi roti nan simple sukatan cawan ;


Roti Nan Cheese Meleleh Azlina Ina
Resepi Roti Nan Cheese Meleleh Azlina Ina


Resepi Roti Nan Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi roti nan mudah  :


Cara Membuat Roti Nan Cheese Leleh
Cara Buat Roti Nan Cheese Leleh


Bahan A


  1. Satu per empat cawan air suam
  2. Satu sudu besar mauripan atau yis kering
  3. Satu sudu besar gula


  • Satukan bahan diatas
  • Biar sampai berbuih
  • Ketepikan sekejap.

Cara Membuat Roti Nan Mudah
Cara Buat Roti Nan Mudah

> Resepi Kek Pisang Azlina Ina Sukatan Cawan

Bahan B

  1. Dua setengah cawan tepung gandum ( 250 gram )
  2. Dua sudu kecil baking powder
  3. Lima sudu besar yogurt plain dari peti sejuk
  4. Satu sudu besar marjerin
Roti Nan Cheese Meleleh Resepi
Roti Nan Cheese Resepi


Cara Buat Roti Nan Cheese Meleleh

Cara membuat roti nan cheese meleleh :

Roti Nan Cheese Lembut
Resepi Roti Nan Cheese Lembut


  1. Ramas atau mix hingga sebati bahan B.
  2. Masukkan adunan yis tadi
  3. Masukkan air kosong secara sedikit demi sedikit secukupnya hingga menjadi doh.
  4. Pastikan doh lembut serta elastik.
  5. Seterusnya, perap selama satu jam dalam bekas tertutup.
  6. Dah sejam, keluar dan tumbukkan doh kasi keluar angin
  7. Kemudian, bulat-bulatkan doh saiz ikut suka
  8. Leperkan doh dan letakkan mozella cheese pada bahagian tengah
  9. Kembali bulatkan doh tersebut untuk tutup inti.

Roti Nan Cheese Azlina Ina
Resepi Roti Nan Cheese Azlina Ina


Step akhir, ambil penggelek atau gelas dan gelek doh sampai leper. Panaskan pan nonstick dan goreng sampai masak. Jika nak guna oven, bakar pada suhu 170 selama lima belas minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau para tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara buat roti nan mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa terluang kita jumpa lagi lain kali. Salam.

> Resepi Apam Pisang Azlina Ina Viral