Resepi Seri Muka Pandan Chef Kitchen Recipe Noxxa Pressure Cooker Membuat Mudah. Kuih serimuka pandan yang mudah dan paling sedap menjadi rezeki kami sekeluarga petang tadi. Syukur menjadi dengan jayanya. Tanpa ambil banyak masa, anak anak makan hingga tinggal loyang sahaja di atas meja makan. Ada yang nak tau cara buat kuih seri muka pandan ? Jom saya kongsikan resepi kuih serimuka pandan sukatan cawan bagi kedua dua versi iaitu secara kukus atas dapur dan guna periuk noxxa pressure cooker :
Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi serimuka
Lapisan atas : Pulut
- Dua cawan beras pulut
- Satu cawan santan
- Satu sudu teh garam
Cara Buat Seri Muka Sukatan Cawan
Cara buat kue seri muka pandan :
- Gaul sampai mesra semua bahan
- Masukkan ke dalam acuan atau loyang
- Kemudian, kukus selama 20 minit.
- Setelah pulut masak, tekan serta padatkan pulut tersebut
Lapisan atas
- Satu setengah cawan santan pekat
- Satu cawan tepung gandum
- Dua sudu besar tepung ubi
- Satu biji telur
- Satu cawan gula pasir (jika tidak suka manis boleh kurangkan )
- Setengah cawan air pandan
- Sedikit pewarna hijau
( jika adunan terlalu pekat, boleh tambah air sikit)
Cara Buat Seri Muka Pandan
Cara Membuat Kuih Seri Muka Pandan :
- Satukan semua bahan diatas
- Kacau hingga sebati.
- Tapis adunan
Step akhir, tuang adunan pandan ke atas pulut tadi. Seterusnya, kukus selama tiga puluh minit hingga empat puluh minit atau sampai masak. Apabila sudah siap, biarkan sejuk dulu baru mula potong. Selamat mencuba semua. Salam.
> Cara Buat Kuih Seri Muka Guna Periuk Noxxa Pressure Cooker
> Cara Buat Kuih Seri Muka Guna Periuk Noxxa Pressure Cooker
0 Comments