Resepi Jeruk Kelubi Kelantan Viral Membuat Versi Guna Budu Tanpa Asam Boi Merah Dan Ketagih. Sekarang musim buah kelubi tau. Kalau singgah pasar kompem akan terus nampak banyak peniaga yang jual buah kelubi. Tak kurang juga yang jual
jeruk kelubi. Pelbagai variasi
jeruk gitu. Ada yang jual jeruk kelubi asam boi, jeruk kelubi manis, dan jeruk kelubi budu. Bila sudah ramai sangat jual harga kelubi tau tau sahaja lah murahnya. Rasa rugi jika tak angkat sikit. Ada lah dalam tiga kilogram juga saya beli buah kelubi Pak Ali iaitu salah seorang peniaga merangkap jiran satu perumahan dengna saya. Jadi hari ini saya nak tunjukkan lah cara membuat jeruk kelubi pedas yang sedap lengkap rasa masam manis pedasnya. Jom tengok resepi jeruk kelubi pedas kelate :
|
Resepi Jeruk Kelubi Pedas Kelantan |
Resepi Jeruk Kelubi Budu Pedas Paling Sedap
Bahan untuk resepi jeruk kelubi sedap :
|
Cara Buat Jeruk Kelubi Kelantan |
- Tiga kilogram buah kelubi
- Tiga cawan air gula
- Empat cawan air biasa
- Garam sesedap rasa
- Lada burung ( kuantiti ikut tahap kepedasan yang nak )
- Satu setengah botol budu
|
Cara Jeruk Asam Kelubi |
|
Resepi Jeruk Kelubi Budu Kelantan |
Cara Buat Jeruk Kelubi Pedas
Cara membuat jeruk kelubi pedas :
|
Jeruk Kelubi Pedas Resepi |
|
Jeruk Kelubi Budu Kelantan Resepi |
- Basuh bersih, kupas dan hiris buah kelubi.
- Hiris dan tumbuk kasar lada burung.
- Asingkan kedua dua bahan seketika.
- Kemudian, masak air gula, air biasa dan secubit garam dalam periuk sampai mendidih.
- Dah mendidih, tutup api dapur dan biarkan sejuk.
- Seterusnya tuangkan ke dalam hirisan kelubi dan lada burung tadi. ( jangan tambah air ye kerana air daripada buah kelubi akan turun pula nanti, kuah akan bertambah banyak dengan sendirinya )
|
Cara Buat Jeruk Kelubi Budu Pedas |
Step akhir, tuangkan satu setengah botol budu. Saya guna budu cap tere macam dalam gambar tu. Kalau nak kurangkan pun boleh dan kalau tak nak letak langsung pun takpe sebenarnya. Terserah atas selera masing masing. Bila dah settle semua step by step yang macam saya bagitahu kat atas, sekarang simpan dalam peti ais selama tiga hingga empat hari untuk mendapat jeruk kelubi paling sedap. Nak makan terus pun boleh je takde orang larang dan takde orang marah pun. Okey lah, cara buat jeruk kelubi mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.
0 Comments