Resepi Jeruk Kelubi Budu Kelantan

Resepi Jeruk Kelubi Budu Kelantan. Siapa pernah makan jeruk kelubi budu ?. Sedap sangat apabila rasa budu bergabung dengan buah kelubi. Sebelum ni saya asyik makan jeruk kelubi asam boi. Semalam cuba beli sebotol kelubi budu, makan terus ketagih. Jadi masa pergi pasar tadi beli buah kelubi sekilo untuk buat sendiri jeruk kelubi budu.Baru puas makan. Saya kongsikan resepi jeruk kelubi budu simple :

Resepi Jeruk Kelubi Budu Sedap
Resepi Jeruk Kelubi Budu


Resepi Jeruk Kelubi Budu Sedap Mudah Simple Ringkas 

Bahan untuk resepi jeruk kelubi budu mudah :
  1. Satu kilogram buah kelubi  ( potong ambil isi )
  2. Dua sudu besar budu
  3. Satu sudu besar paste asam jawa ( jangan penuh sangat )
  4. Sepuluh sudu besar gula
  5. Cili padi

Cara Buat Jeruk Kelubi Budu

Cara cara membuat jeruk kelubi budu :

Gaul semua bahan dan peram dalam setengah hari pun dah boleh makan. Lepas semalaman simpan dalam peti ais untuk jeruk kelubi bertambah sedap. Senang sahaja kan, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment