Resepi Kuih Beko Kelapa Sukatan Cawan Membuat Bingka Bengkang Guna Oven Paling Simple. Kuih tradisional kelantan dan terengganu iaitu beko nyior menjadi pilihan kami satu keluarga untuk menu makan petang hari ini. Ada juga sesetengah orang panggil sebagai akok kelapa, bingka kelapa terengganu, beka kelapa bakar dan bengkang kelantan. Ikut lah yang mana satu pun asalkan sedap dan halal di makan serta kenyang apabila sudah masuk ke dalam perut. Oleh kerana masa sudah berubah maka kita sediakan sahaja kuih bingka kelapa moden pakai oven dek kerana bahan bakar sukar untuk di temui berhampiran kawasan rumah. Kepada yang nak buat kuih beko tanpa oven pun boleh tiru resipi ini dan bakar atas dapaur gas atau pemanggang ajaib atau pun gunakan kaedah tradisional iaitu bakar menggunakan sabut kelapa. Apa apa pun syukur sangat kerana rezeki kami menjadi dengan jayanya. Suami dan anak anak suka sangat makan sampai sekejap je habis tadi. Ada yang nak tau cara membuat kuih beko kelapa sedap ? Jom saya kongsikan resepi kuih beko kelapa sukatan cawan :
Resepi Kuih Beko Kelantan Sukatan Cawan |
Resepi Kuih Beko Kelantan Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi kuih beko kelantan sedap :
Cara Buat Kuih Beko Kelapa Sukatan Cawan |
Resepi Kuih Akok Kelapa Kelantan |
- Dua cawan kelapa parut
- Satu cawan tepung pulut
- Tiga sudu gula
- Secubit garam
- Air untuk uli hingga sebati.
Kuih Beko Kelapa Kelantan Resepi |
Cara Buat Kuih Beko Kelapa Kelantan
Cara membuat kuih beko kelantan :
- Satukan dan gaul kelapa,gula,garam dan tepung pulut
- Masukkan air secara sedikit demi sedikit.
- Adunan jangan cair dan pekat sangat.
- Griskan acuan kuih beko guna minyak
- Letak adunan yang kita buat tadi
Kuih Beko Kelantan Resepi |
Step akhir , bakar selama dua puluh minit guna api atas bawah pada suhu 180 atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Sekarang siap dan siap sedia untuk di hidangkan atas meja makan bagi santapan anak anak mahupun para tetamu yang ada melawat ke rumah. Cara buat kuih beko kelapa mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa lapang kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan semoga berjaya.
0 Comments