Resepi Cucur Topi Kelantan Sukatan Cawan Membuat Kue Tradisional Dari Tepung Beras Tanpa Gula Merah Rangup Dan Simple. Sebelah kelate panggil kuih cucur topi, sebelah utara panggil cucur jawa. Tempat korang panggil apa pulak ya. Kalau saya tak kisah lah namanya apa pun asalkan sedap di makan dan kenyang apabila sudah masuk ke dalam mulut. Tambah-tambah lagi masa tengah hujan macam petang ini, nikmatnya bukan main. Bahan untuk buat kuih cucur topi mudah sangat, hanya guna empat bahan sahaja. Sudah sedia ada pun dekat dapur tak payah nak kena keluar rumah pergi beli dekat kedai. Anak-anak dan suami pun suka makan. Sekejap sahaja habis tadi. Siap minta tambah lagi tau. Ada yang nak tau cara membuat kuih cucur topi kelantan dan cara goreng cucur jawa ? Jom saya kongsikan resepi cucur topi kelantan lembut dan sedap untuk rujukan semua :

Kuih Topi Kelantan Sukatan Cawan
Resepi Kuih Topi Kelantan Sukatan Cawan


Resepi Cucur Topi Kelantan Lembut Simple Gula Pasir

Bahan untuk resepi kuih cucur jawa kelantan :

Cucur Topi Kelantan Resepi
Kuih Cucur Topi Kelantan Resepi



  1. Satu cawan tepung gndum
  2. Satu cawan tepung beras
  3. Satu cawan gula pasir ( kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan sikit gula ye)
  4. Satu cawan lebih sikit air biasa






Cara Buat Cucur Topi Kelantan

Cara membuat cucur topi kelantan :

  1. Satukan semua bahan.
  2. Gaul sebati
  3. Perap selama satu jam.


Resepi Cucur Jawa Gula Pasir
Resepi Cucur Jawa Lembut


Step akhir, panaskan minyak dan goreng hingga masak. Toskan dan sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli keluarga ataupun jiran tetangga yang datang ke rumah untuk bermesyuarat tingkap. Cara buat cucur jawa lembut mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.