Resepi Kuih Bom Bijan Frozen Versi Terengganu Kelantan Mudah Sedap Simple Lembut Dan Rangup Tak Meletup. Salam semua. Lama rasanya saya tidak kemaskini cararesepi.blogspot.com. Semoga semua sihat sejahtera lah ye. Hari ini saya sambung buat lagi beberapa jenis kuih tradisional malaysia yang mudah dan sedap iaitu kuih boom bijan untuk di frozen kan dalam peti ais. Ini semua gara gara saya terpaksa teman suami outstation selama hampir sebulan. Penuh jugak lah bahagian freezer ni melayan kerenah anak-anak yang punya citarasa berlainan. Mungkin ada segelintir yang tak suka masak kuih tradisional melayu ini dek kerana letupan-letupan yang bakal berlaku ketika proses menggorengnya. Oleh itu saya nak kongsikan sedikit petua dan cara buat kuih bom bijan tak meletup adalah dengan masukkan selama lebih kurang lima belas minit dalam peti sejuk sebelum mula goreng.
Resepi Kuih Bom Bijan Sukatan Cawan |
Resepi Bom Bijan Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi bom bijan frozen :
Resepi Kuih Bom Bijan Inti Kacang Merah |
Cara Buat Kuih Bom Bijan Sukatan Cawan |
- Dua cawan tepung pulut
- Setengah cawan tepung gandum
- Satu sudu kecil garam
- Dua sudu makan gula
- Satu cawan air ( atau lebih )
- Sedikit Bijan ( untuk salutan )
- Minyak untuk menggoreng
Resepi Inti Kuih Bom Bijan
> Resepi Kuih Bijan Inti Kacang Merah
> Resepi Kuih Bijan Inti Ikan
> Resepi Kuih Bijan Inti Kelapa
> Resepi Kuih Bijan Inti Sambal Sardin
> Resepi Kuih Bom Bijan Inti Kacang Hijau
Cara Buat Kuih Bom Bijan Frozen
Cara membuat kuih bom bijan tak meletup ;
- Satukan tepung gandum, tepung pulut, garam dan gula. Gaul hingga sebati,
- Masukkan air secara sedikit demi sedikit sambil uli sampai menjadi doh.
- Ambil adunan sikit lebih kurang sebesar bola pingpong.
- Leperkan dan masukkan inti pada bahagian tengahnya.
- Bulatkan.
- Seterusnya, golek-golekkan ke dalam bijan sampai bijan menyelaputi keseluruhan kuih bom tersebut.
Resepi Kuih Bom Bijan Tak Meletup |
Step akhir, panaskan minyak hingga betul-betul panas kemudian goreng guna api sederhana panas sampai warna bertukar keemasan atau sampai masak. Toskan dan sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga mahupun kepada para tetamu yang bertandang ke rumah. Cara buat kuih bijan mudah je kan, selamat mencuba. Jika ada masa lapang kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan semoga sukses sentiasa.
0 Comments