Resepi Kuih Qasidah Terengganu Asli Original Tradisional Membuat Kue Berempah Tanpa Kukus Viral. Siapa yang tak kenal dengna kuih tradisional terengganu qasidah memang tersangat rugi. Rasanya yang lembut, lemak manis, dan sedap pasti akan menyebabkan ketagihan untuk kembali menikmatinya. Jika di beri pilihan antara kuih qasidah kedah, kuih qasidah pahang, kuih qasidah kelantan, kuih qasidah berempah dan lain-lain versi saya paling suka makan kuih rasidah terengganu. Suami dan anak-anak pun camtu tau. Inilah salah satu puncanya bila orang tanya saya tempat menarik di terengganu untuk family, saya akan cadangkan pasar payang kerana di sini terdapat pelbagai varieti kuih muih tradisional terengganu yang sedap. Bukan itu sahaja terdapat juga pelbagai barangan lain yang di jual disana di samping kedudukan nya yang strategik di tengah pusat bandar. Senang nak kemana-mana. Ada sesiapa yang nak tau cara masak kuih qasidah terengganu ? Jom saya kongsikan resepi kuih qasidah terengganu ori yang saya dapatkan daripada seorang peniaga :


Kuih Qasidah Terengganu Sukatan Cawan
Resepi Kuih Qasidah Terengganu Sukatan Cawan

Resepi Kuih Qasidah Terengganu Sedap

Bahan untuk resepi kuih qasidah terengganu mudah ;


Kuih Qasidah Terengganu Recipe
Kuih Qasidah Terengganu Resepi

Cara Buat Kuih Qasidah Terengganu
Cara Buat Kuih Qasidah Sukatan Cawan


  1. Setengah kilogram tepung gandum yang disangai sampai wangi dan kekuningan (digoreng tanpa minyak) dan disejukkan.
  2. Dua cawan gula pasir ( boleh kurangkan )
  3. Lima cawan santan
  4. Tiga biji telur ayam dikacau sampai rata
  5. Satu helai daun pandan
  6. Dua sudu makan minyak sapi
  7. Sepuluh  ulas bawang merah dimayang halus dan digoreng sampai kuning ( Simpan minyak bekas menggoreng bawang tersebut )

> Resepi Kuih Ropa Terengganu
> Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu
> Resepi Kuih Pasung Terengganu


Kuih Qasidah Sukatan Cawan
Resepi Kuih Qasidah Sukatan Cawan


Cara Buat Kuih Qasidah Terengganu

Cara membuat kuih qasidah terengganu :


  1. Satukan tepung gandum yang telah di sangai dengan gula ke dalam satu periuk.
  2. Tuang santan lima cawan
  3. Kacau sampai sebati dan pastikan tidak berketul atau bergentel.
  4. Masukkan pula telur yang telah siap di kacau.
  5. Maasukkan daun pandan
  6. Gaul rata dan sebati.
  7. Kemidian, masak atas api dapur berkadar perlahan sambil sentiasa kacau agar tidak berkerak dan hangus.
  8. Kacau terus sampai adunan menjadi kental.
  9. Apabila adunan sudah kental serta tidak melekat, masukkan minyak sapi dan sedikit minyak yang kita gunakan untuk goreng bawang tadi.
  10. Kacau lagi sampai rata dan angkat.

> Resepi Kuih Qasidah Kedah


Kuih Qasidah Berempah
Resepi Kuih Qasidah Berempah

Step akhir, ambilkan sejemput kecil adunan lalu bulatkan atau bentukkan mengikut kreativiti masing-masing. Taburkan bawang goreng  dan renjiskan pada bahagian atas dengan sedikit minyak bekas kita menggoreng bawang tadi. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli keluarga mahupun sanak saudara yang berkunjung ke rumah. Cara buat kuih qasidah mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika terdapat kelapangan kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan semoga berjaya.