Resepi Tomyam Putih Tanpa Pes Tanpa Perencah Buat Ala Chef Kitchen Thailand Mudah Simple Pekat Dan Paling Sedap. Salam semua tadi saya dan ahli keluarga tercinta makan menu simple sahaja untuk juadah tengahari iaitu tom yam putih ala thai yang sedap dan mudah bersama nasi putih. Bukan tak nak campur lauk lain tapi dah tau semua suka makan tom yam, tak kira lah tomyam putih vs tomyam merah. Kompem akan laku keras dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Meraka tak pandang dah lauk lain. Membazir je nanti. Syukur rezeki kami sekali lagi menjadi dengan jayanya. Dan syukur juga kerana tomyam thai yang saya sediakan habis licin tinggal periuk sahaja. Suami dan anak-anak pun puji cakap pekat serta rasanya dah sama dengan yang restoran ternama punya. Minggu depan mereka semua minta saya buatkan tomyam putih lagi sebab tadi tak cukup katanya. Sebenarnya cara membuat tom yam putih thai ini saya dapat dari seorang peniaga sekampung yang berasal dari selatan thailand. Dia dan suami dah lama menetap di Malaysia untuk mencari rezeki. Ada tak yang nak tau cara buat tomyam putih pekat ? Jom saya kongsikan resepi tomyam putih thai asli :
Resepi Tomyam Putih Thai Asli Tanpa Pes |
Resepi Tomyam Putih Tanpa Perencah
Bahan untuk resepi tomyam putih simple :
Resepi Tomyam Putih Thai Sedap |
Resepi Tomyam Putih Simple |
Tomyam Putih Thai Resepi |
Bahan A : Tumbuk
- Lima hingga sepuluh biji cili padi ( nak kurangkan atau nak lebihkan boleh je, ikut selera memasing )
- Dua ulas bawang putih
- Empat biji tomato cherry (guna tomato besar adalah lebih baik)
Resepi Tomyam Putih Ala Thai |
Resepi Tomyam Putih Pekat |
Bahan B : Titik
- Dua atau tiga batang serai
- Satu inchi lengkuas
- Satu inchi halia
- Lima biji cili padi
- Tiga ulas bawang putih
Bahan C : Sayur sayuran
- Setengah biji bawang holland
- Daun limau purut
- Daun ketumbar
- Oyster mushroom
- Cauliflower
- Cendawan
- Tomato
- Dan lain-lain sayur sayuran yang kita suka.
Bahan D : Perasa
- Sos ikan
- Garam
- Gula ( optional )
Bahan E : Seafood
- Sotong
- Udang
Bahan F : Tambahan/ Hiasan
- Air perahan limau nipis
- Hirisan daun sup atau daun ketumbar
Tomyam poktek : letak seafood lain macam ketam, lala, serta hirisan isi ikan siakap. Nak lebih sedap, guna air rebusan kulit udang. Sesetengah orang siap tambah gula paste siam sikit untuk kasi manis kuahnya.
Cara Masak Tomyam Putih Simple
Cara Masak Tomyam Putih Ala Thai :
- Panaskan air dan masukkan bahan yang kita tumbuk tadi. Biarkan sampai air mendidih.
- Perlahankan api dapur dan masukkan bahan B yang kita titik tadi.
- Masukkan pula sayuran sayuran iaitu hirisan bawang holland, daun ketumbar, mushroom, cauliflower, cendawan, dan tomato. Penggunaan tomato dalam proses membuat tomyam agak penting kerana akan menambah rasa masam.
- Biarkan sampai mendidih.
- Seterusnya, masukkan daun limau purut. Kalau kita masukkan awal awal daun limau purut ni nanti kuah tomyam rasa pahit dan aromanya hilang. Dan kalau nak letak last sekali pun boleh jugak.
- Masukkan bahan perasa iaitu sos ikan. Macam saya ni masak setengah periuk saya letak satu senduk dan seimbangkan rasanya guna garam. Saya jarang guna ajinamoto kerana tak elok untuk kesihatan. Dua bahan ni pun dah cukup.
- Kemudian, masukkan udang dan sotong. Saya tak gemar campurkan bahan seafood dengan ayam atau daging kerana rasanya akan lari.Nak letak jugak terserah lah pilihan masing masing.
Step akhir, sebelum padamkan api, masukkan satu senduk santan atau susu cair. Kacau kasi rata. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa dan sekarang siap sedia untuk dihidangkan bersama bahan F atas meja makan untuk santapan ahli keluarga atau kepada para tetamu yang datang ke rumah bersama nasi putih panas-panas. Cara masak tomyam putih thai mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan bye bye.
0 Comments