Resepi Nasi Khao Mok Thai Noxxa Sedap Mudah Simple Komok Asli Rantau Panjang Kota Bharu Kelantan. . Alhamdulillah, gembira sangat minggu ni sebab dapat balik kampung. Jauh dan penat perjalanan semua automatik terubat sendiri bila tiba depan rumah mak. Dah lama sangat rindu tak terkata kerana masa serta keadaan tak mengizinkan. Hari kedua saya di sana saya sediakan hidangan nasi komok thai dan bubur asyura utara untuk makan tengahari kami adik beradik. Petang pula saya buat kek pisang sambil layan drama dalam tv. Semua bahan saya turun pasar dan beli sendiri tau tanpa guna barangan yang ada di rumah mak. Dan yang paling penting semua kerja jadi mudah sebab saya ada bawa balik sekali periuk noxxa pressure cooker yang suami belikan tempoh hari. Ada sesiapa yang nak tau cara memasak nasi komok ? Jom tengok resepi nasi khao mok thai yang simple dan sedap :
Resepi Nasi Komok Thailand Noxxa |
Bahan untuk resepi nasi komok thailand sedap :
- Lima cawan beras basmathi
- Empat sudu minyak sapi
- Empat hingga lima ulas bawang merah ( hiris nipis )
- Satu Inchi halia ( tumbuk )
- Empat ulas bawang putih ( hiris nipis )
- Tiga batang akar ketumbar
- Dua hingga tiga sudu rempah koumok (saya guna sepaket)
- 200 ml susu cair
- Satu ekor ayam (boleh tanam atau goreng)
- Lapan cawan air
- Garam secukup rasa
- Rempah penumis.
Nasi Komok Rantau Panjang |
Cara Masak Nasi Komok Thailand
- Potong dan cuci ayam
- Cuci beras basmathi serta rendam seketika.
- Turn on SF
- Tumis rempah penumis bersama bahan yang dihiris guna minyak sapi sampai naik bau.
- Masukkan rempah komok dan sentiasa kacau agar tidak hangus.
- Setelah kelihatan agak garing, masukkan air serta akar ketumbar.
- Masukkan susu cair yang telah diperah dengan sebiji limau
- Masukkan ayam. Biarkan hingga hampir masak.
- Kemudian, masukkan pula beras yang telah kita cuci serta toskan tadi.
Step akhir, tutup tudung periuk Hp 8minit. Siap untuk dihidangkan bersama sambal nasi komok dan sup serta ulam-ulaman seperti tomato, salad dan yang sewaktu dengannya.
Resepi Sambal Nasi Komok Thailand
Nasi Komok Resepi |
Cara Buat Sambal Nasi Komok ;
Saya hanya campur sos Cili Thai ready made dan sedikit cili padi merah untuk menambah rasa pedas.
Oh ya, ayam separuh saya goreng atas dapur biasa Anak-anak suka makan. Kalau sesiapa yang nak buat ayam goreng macam saya, ni ringkasan untuk bahan perapan. Blend rempah khoumok sikit, lengkus, serai, halia, bawang putih dan garam. Kemudian, gaulkan dan titik pewarna merah sikit. Perap dalam lima minit dan goreng. Okeylah semua, cara buat nasi komok mudah je kan, selamat mencuba ya. Salam dan jumpa lagi di lain hari.
> Resepi Nasi Hujan Panas Noxxa Sedap
> Resepi Nasi Hujan Panas Noxxa Sedap
0 Comments