Resepi Miang Pla Pao Bangkok Original Viral Paling Sedap Asli Simple Mudah. Oleh kerana miang pla pau kerap sangat lalu lapang kat wall saya dua tiga hari ini, maka saya pun cuba lah godek-godek resepi miang pla pau thai di internet.  Untuk pengetahuan semua, miang pla pao boleh di makan bersama ikan goreng atau ikan bakar sama ada ikan merah, ikan talapia, atau ikan siakap. Pilihlah salah satu yang anda gemari. Tapi nak makan dengan seafood atau daging pun boleh macam yang saya buat tadi. Bagi ikan goreng, pastikan goreng kosong je tau, ataupun bubuh garam sikit..jika yang bakar. Bakar dengan garam sahaja ye untuk merasai kenikmatan sos miang pla pao. Macam yang kita semua maklum lah yang makanan thai kebanyakannya sos dia paling sedap. Sesiapa yang nak cuba saya ada kongsikan resepi miang pla pao sedap untuk rujukan semua dekat bawah :

Miang Pla Pao Resepi
Resepi Miang Pla Pao 


Resepi Miang Pla Pao Thai Asli Original Tradisional

Miang Pla Pao Recipe
Miang Pla Pao Resepi


Bahan Untuk Resepi Miang Pla Pao Thai  Ori :

  1. Suhun
  2. Ulam-ulaman (kangkung, tomato, timun, salad )
  3. Ikan atau udang, sotong atau seafood yang anda suka. Daging pun boleh.

> Resepi Kengsom Ikan Siakap Thai

Cara Buat Miang Pla Pao

Cara Membuat Miang Pla Pao :

  1. Goreng atau bakar ikan yang telah kita sediakan
  2. Bila dah masak, rendam suhun dlm air panas..Semua dah masak blh hias dan susun dlm pinggan bersama salad dan ulam-ulaman..
> Resepi Nasi Khao Mok Thai

Resepi Miang Pla Pao Bangkok
Miang Pla Pao Bangkok



Resepi Sos Miang Pla Pao Thailand

Bahan untuk resepi sos miang pla pao thai :

  1. Lima atau enam ulas bawang putih
  2. Dua puluh biji cili padi
  3. Dua sudu sos ikan
  4. Sebiji limau nipis
  5. Satu per tiga cawan air
  6. Garam sikit
  7. Gula sikit
  8. Daun ketumbar
> Resepi Ayam Phat Phet Thailand

Cara Buat Sos Miang Pla Pao

Cara Membuat Sos Miang Pla Pao :

  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat
  2. Masukkan dua sudu sos ikan
  3. Masukkan perahan limau nipis
  4. Masukkan air
  5. Masukkan garam serta gula


Miang Pla Pao Bangkok
Miang Pla Pao Recipe

Step akhir, rendam suhun dalam air panas.Kemudian bubuh dalam pinggan dan hias bersama ulam ulaman serta ikan yang kita sediakan tadi. Macam dalam gambar ye. Sekarang dah boleh jamu bersama miang pla pao. Cara nak buat Miang Pla Pao mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.