Resipi Solok Lada Terengganu Original Membuat Ala Aziz Satar Kemaman Bawah Pokok. Salam semua warga online. Apa Khabar ? Harap semua nya dalam keadaan baik dan sejahtera di samping keluarga terchinta ya. Sempena cuti sekolah dan terdapat masa bersama anak-anak agak lebih sedikit makanya saya ambil kesempatan untuk sediakan nasi kerabu kelantan bersama solok lada terengganu bagi sarapan tadi. Renyah juga lah nak sediakan tapi nasib baik suami ada belikan periuk noxxa pressure cooker. Boleh la jimatkan masa dan tenaga sikit. Barang- barang dah saya sediakan semalam ketika singgah di pasararaya berhampiran rumah. Lebihan adunan buat solok lada, saya olahkan menjadi satar ikan goreng atas dapur. Separuh lagi frozen kan nanti boleh saya suruh anak gunakan cara tradisi iaitu dengan membakarnya guna arang kayu dekat luar rumah. Ada yang nak tau cara buat solok lada sedap dan satar ikan sedap ? Jom tengok resepi solok lada nasi kerabu versi terengganu yang mudah simple dan paling sedap :
Resepi Satar Ikan Terengganu
Resepi Solok Lada Terengganu



Resepi Solok Lada Nasi Kerabu Terengganu 

Bahan untuk resepi solok lada terengganu sedap :

Solok Lada Terengganu Resepi
Solok Lada Terengganu Resepi

Cara Masak Solok Lada Terengganu
Cara Membuat Solok Lada Terengganu



Bahan A

  1. Lada hijau secukupnya


Bahan B

  1. Air asam jawa
  2. Lima ratus gram isi ikan selayang
  3. Satu biji kelapa parut
  4. Dua inchi halia
  5. Lapan ulas bawang merah
  6. Garam dan gula secukup rasa


Cara Buat Solok Lada Terengganu

Cara Membuat Solok Lada Terengganu :

  1. Belah pada bahagian tengah lada hijau. Buang biji serta rendamkan dalam air kapur selama lebih kurang lima belas minit. Asinkan.
  2. Satukan semua bahan B dalam alat pengisar dan blendkan hingga sebati.
  3. Seterusnya, sumbat bahan yang kita kisar tadi ke dalam cili hijau yang kita rendam tadi.


Step akhir, kukus atau masak dalam santan. Pilih la mana mana satu kaedah yang berkenan di hati ya. Sekarang siap untuk dihidangkan bersama nasi kerabu atau nasi putih atau apa apa juadah untuk santapan keluarga.  Makan macam tu je pun dah ketagih tau. 


Cara Buat Satar Ikan Terengganu
Resepi Satar Ikan Terengganu


Bagi resepi satar ikan terengganu, boleh guna resepi diatas cumanya perlu tambah air kelapa dan hirisan cili padi ke dalam adunan. Gaul sebati. Kemudian bungkus dalam daun pisang dan bakar sehingga masak. Cara memasak solok lada terengganu dan cara buat satar ikan terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain waktu. Semoga berjaya.