Resepi Bubur Asyura Terengganu Noxxa Asli Sure Original . Salam semua. Apa khabar ? Moga baik-baik sahaja ya di samping keluarga. Dalam perjalanan balik rumah tadi, saya singgah pasar sekejap untuk mendapatkan bahan-bahan bubur asyura versi terengganu. Suami pesan suruh buat semalam katanya mengidam nak makan sure terengganu. Untuk pengetahuan, lain negeri lain resepi bubur asyura nya tau, memasing mempunyai tarikan dan keunikannya rasanya yang tersendiri. Apa apa pun sekarang jom saya kongsikan resepi bubur asyura terengganu sukatan cawan guna periuk noxxa : 


Bubur Asyura Terengganu Noxxa
Resepi Bubur Asyura Terengganu Noxxa



Resepi Bubur Asyura Terengganu Noxxa Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap

Bahan untuk resepi bubur asyura terengganu simple ;

Bubur Asyura Terengganu Noxxa Resepi
Bubur Asyura Terengganu Noxxa

Bahan A


  1. Satu setengah cawan beras
  2. Setengah cawan kacang merah
  3. Dua sudu besar kacang hijau
  4. Lapan cawan air

Bahan B : Blend


  1. Satu inci halia
  2. Empat ulas bawang merah
  3. Dua ulas bawang putih
  4. Satu hiris nipis lengkuas
  5. Dua batang serai
  6. Setengah sudu besar serbuk ketumbar
  7. Setengah sudu besar serbuk jintan manis
  8. Dua cawan santan pekat
  9. Lima sudu besar rempah asyura
  10. Dua sudu besar kerisek

Bahan C : Lain-lain


  1. Dua biji keledek kuning ( potong kiub tapi jangan kecik sangat ya )
  2. Satu tin jagung manis-kernel
  3. Satu mangkuk kecil isi ikan rebus
  4. Isi ayam ( rebus dan carik carik kan )
  5. Daging  ( rebus dan carik carik kan )
  6. Dua cawan air rebusan daging
  7. Nissang/gula/garam


Bahan D : Hiasan


  1. Sambal ikan
  2. Hirisan telur dadar
  3. Agar agar kosong

> Resepi Bubur Asyura Johor Bahru

Resepi Bubur Asyura Versi Terengganu Sukatan Cawan
Resepi Bubur Asyura Terengganu Sukatan Cawan



Cara Buat Bubur Asyura Terengganu Noxxa

Resepi Bubur Asyura Versi Terengganu
Bubur Asyura Versi Terengganu


Cara Masak Bubur Asyura Terengganu Noxxa :


  1. HP 25 minit semua bahan A.
  2. Release wap air.
  3. Masukkan bahan B dan bahan C

Cara Buat Bubur Asyura Terengganu
Bubur Asyura Terengganu Resepi


Step akhir, tukar kepada mode Stir Fry dan kacau sampai pekat. Saya kacau dalam tempoh masa setengah jam gitu. Peringatan, adunan akan mengecut jadi sila menggunakan senduk yang panjang sedikit bagi memudahkan kerja anda. Cara buat bubur asyura terengganu guna periuk noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Terima kasih.