Resepi Bubur Asyura Manis Pahang Sedap Membuat Versi Paling Simple. Tetiba tadi teringin hendak makan bubur asyura versi pahang. Nak dapat makan yang bubur asyura pahang asli atau original mungkin tak ada rezeki lah kot tahun ini. Alang alaing ada masa terluang jadi kita godek- godek dapur untuk buat bubur asyura pahang manis secara homemade. Oh ya sebelum tu, kepada sesiapa yang belum tahu yang bahawasanya bubur asyura terdapat pelbagai versi dan keunikannya yang tersendiri mengikut negeri masing masing. Seperti di bubur asyura selangor dan johor. Bubur asyura johor serta selangor macam bubur lambuk siap ada sotong, udang, ayam dan sebagainya. Bubur asyura pahang pulak lebih kurang sama dengan bubur asyura kedah yang rasanya manis kerana terdapat banyak jenis kacang di dalam nya. Namun begitu di sesetengah tempat di negeri pahang misalnya di daerah jerantut terdapat juga masyarakat disana yang menyediakan bubur asyura pedas dan bubur asyura masin. Bubur asyura terengganu dan bubur asyura kelantan pun lebih kurang sama. Bubur asyura sarawak dan bubur asyura sabah, saya tak berkesempatan lagi untuk menikmatinya. Sekarang, jom saya kongsikan resipi bubur asyura pahang paling mudah dan sedap :
Bubur Asyura Pahang Resepi |
Resepi Bubur Asyura Pahang Sedap Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi bubur asyura pahang mudah :
Resepi Bubur Asyura Manis Sukatan Cawan |
Cara Buat Bubur Asyura Manis |
Bahan A
- Satu paket tepung beras
- Dua kilogram santan
- Gula merah atau gula putih ( ikut kemanisan yang kita
- Sedikit garam ( untuk naikkan rasa lemak )
Bahan B
- Satu cawan kacang hijau
- Satu cawan kacang merah
- Setengah cawan keledek kuning yang di potong dadu. Nak letak lebih pun okey je.
- Dan bahan-bahan lain yang anda suka
> Resepi Bubur Asyura Johor
> Resepi Bubur Asyura Terengganu Sukatan Cawan
> Resepi Bubur Asyura Kelantan Noxxa
> Resepi Bubur Asyura Kedah
Cara Buat Bubur Asyura Pahang
Cara Masak Bubur Asyura Pahang :
- Rendam semua jenis kacang. Kemudian rebus agar empuk.
- Kisar tepung beras bersama santan dan tapis.
- Satukan semua bahan dalam kuali atau periuk.
Step akhir, masak dan selalu kacau guna api perlahan selama lebih kurang dua jam atau hingga tidak melekat pada kuali. Dah siap, alihkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Biarkan sejuk dahulu sebelum mula potong. Cara membuat bubur asyura pahang mudah je kan. Selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.
0 Comments