Resepi Kuih Cincin Sukatan Cawan Membuat Kuih Muih Tradisional Di Malaysia. Banyak ke yang gemar makan kuih tradisional sabah yang sedap ini. Kalau dulu saya pantang betul jika dengar  terdapat kenalan yang nak melancong ke negeri sabah atau sarawak kompem kirim duit untuk beli. kan kuih  Harga kuih cincin asli pun bukan lah mahal sangat. Jadinya sekali beli macam borong la jugak. Boleh buat stok terus kuih cincin ori sabah untuk kegunaan masa hadapan. Al maklum dekat semenanjung payah betul dan jarang sangat kalau dapat jumpa kuih tradisi sabah ni. Walaupun pertama kali mencuba, syukur menjadi dengan jayanya. Gembira betul rasanya. Cara membuat kuih cincin nampak sahaja agak sukar namun bila kita sudah jumpa rentak dia, jadi seronok nak siapkannya. Suami dan anak anak pun suka tau.  Ada ke sesiapa yang nak tau cara buat kuih cincin yang lembut dan rangup ? Jom tengok resipi kuih cincin sabah yang saya kongsikan dekat bawah :


Resepi Kuih Cincin Sabah Sukatan Cawan



Resepi Kuih Cincin Lembut Dan Rangup

Bahan untuk resepi kuih cincin dari sabah :





  1. Satu hingga dua ketul gula melaka atau gula kabung
  2. Satu cawan gula merah
  3. Setengah cawan gula pasir
  4. Satu setengah cawan air
  5. Dua sudu makan minyak masak
  6. Empat cawan tepung gandum
  7. Satu sudu kecil garam
  • Satu mangkuk air ( untuk celup semasa gorengan pertama)
  • Satu mangkuk bancuhan tepung beras ( untuk celup ketika gorengan kedua )

 Cara Buat Kuih Cincin Dari Sabah

Cara buat kuih cincin lembut :





Kuih Cincin Sabah Resepi


Potong kecil-kecil gula melaka dan gula merah, masukkan satu setengah cawan air serta masak sampai hancur gula. Tutup api dan ketepikan seketika.
Sementara tunggu air gula mejadi suam sikit, sediakan pula gula dan satukan bersama dua sudu minyak masak 2 sudu serta satu sudu kecil garam
Sekarang, masukkan gula melaka yang kita masak tadi kedalam adunan gula putih. Kacau kasi rata
Masukkan tepung gandum dan uli  sampai menjadi doh yang lembut
Seterusnya, canaikan sampai doh menjadi agak nipis. Pakai tepung bagi mengelakkan doh melekat ketika proses mencanai.
Kemudian, terap guna acuan berbentuk bulat besar dan bulat kecil pada bahagian dalamnya.


Cara Goreng Kuih Cincin

Gorengan pertama

  1. Celup ke dalam air dulu sekilas terus masuk ke dalam kuali yang berisi minyak panas. 
  2. Hati-hati ya.
  3. Angkat dan toskan.


Gorengan kedua

  1. Bila sudah goreng semua adunan.
  2. Celupkan pula ke dalam adunan tepung beras
  3. Goreng lah untuk kali kedua
  4. Angkat dan toskan.



Sekarang, siap sedia untuk di makan bersama seisi keluarga. Nak jadikan jajan depan tv atau santapan kepada para tetamu yang hadir ke rumah pun boleh. Nak jual apatah lagi. Mungkin bagi sesetengah orang proses pembuatan kuih cincin sabah agak renyah tetapi apabila dapat habis kuih cincin yang lembut dan ranggup pasti akan hilang semua usaha kita tadi. Okey lah, saya ada kerja sikit. Apa apa pun selamat mencuba dan jumpa lagi di lain hari. Salam.

> Resepi Kuih Abok Abok Sarawak Asli