Resepi Kuih Abok Abok Sarawak Sukatan Cawan Membuat Mudah Dan Sedap Simple. Kuih tradisional kegemaran satu famili saya. Kuih abok abok asli gunakan daun pisang, namun memandangkan sekarang adalah zaman moden serta sukar untuk kita mendapatkan stok daun pisang maka pengunaan acuan dan loyang adalah dibenarkan sama sekali. Saya pun dapat sikit sahaja bekalan daun pisang daripada jiran. Lebihan masak dalam acuan. Terserahlah pilihan masing-masing ya. Ada yang nak tau cara membuat kuih abok abok sagu ? Jom tengok resepi abok abok sagu simple yang saya kongsikan dekat bawah :
![]() |
Resepi Kuih Abok-Abok Sagu Sukatan Cawan |
Resepi Kuih Abok Abok Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi kuih abuk abuk sagu :
![]() |
Resepi Kuih-Abuk-Abuk Sagu Sukatan Cawan |
![]() |
Resepi Kuih Abok Abok Dalam Loyang |
- Satu cawan sagu biji
- Tiga cawan air biasa (untuk rendam sagu)
- Setengah cawan gula merah
- Lima sudu makan gula putih
- Setengah biji kelapa parut
- Daun pisang secukupnya (bersihkan dan layurkan atas api)
- Setengah sudu kecil garam
Cara Buat Kuih Abok Abok Sagu
Cara buat kuih abuk abuk sagu :
![]() |
Cara Membuat Abok Abok Sagu |
- Rendam sagu dalam air hingga meresap semua air, anggaran masa dalam setengah jam gitu. Toskan sampai tiada air meleleh. Ini bagi memudah kan proses membungkus kuih abok abok nanti, tak nak celomeh.
- Satukan sagu bersama kelapa dan garam. Gaul sampai rata.
- Satukan Gula merah dan gula putih. Gaul hingga rata.
- Ambil daun pisang buat macam corong. Masukkan satu sudu besar sagu. Ratakan.
- Masuk gula setengah sudu, ikut la. Suka manis, bubuh lebih. Kemudian, satu sudu lagi sagu.
- Bungkus kuih abuk abuk dengan elok dan kemas.
- Kalau yang nak guna acuan atau masak dalam loyang, jangan lupa oleskan minyak ya.
Step akhir, kukus selama setengah jam mengunakan api sederhana. Sekarang sudah boleh hidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga mahupan sanak saudara yang berkunjung ke rumah. Cara buat kuih abok abok mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan semoga sukses.
0 Comments