Resepi Ayam Masak Kurma Tanpa Santan Mudah Dan Sedap Pekat Paling Simple. Anak-anak.masa balik sekolah, masuk sahaja pintu sudah terbau masakan lain dari biasa cepat je bertanya. Ibu masak apa tu ? Macam special sahaja, wangi sangat bau. Tak sabar nak makan rasanya. Begitu lah mereka apabila saya masak menu yang digemari. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga hari ini iaitu . nasi minyak kuning terengganu, gulai kurma ayam terengganu, acar timun dan sambal belacan kegemaran birthday girl yang sudah mencecah umur sepuluh tahun. Saya saja je nak bagi kejutan masak kurma ayam terengganu tanpa pengetahuan dia. Lagipun tak berani pulak saya nak berjanji awal-awal kerana terkadang sukar nak penuhi walaupun masak telur goreng akibat masa dan urusan yang sangat mencemburui. Kalau ada yang tuntut janji habis lah saya jika tak berkesempatan nak sediakan. Macam macam perangai lah yang di buatnya.

Kalau masak kurma ayam atau kurma daging terengganu. Saya memang suka jenis begini. Ada juga sesetengah orang yang panggil sebagai  kurma bawang goreng kalau tak silap saya lah. Kurma ayam terengganu tanpa santan tau. Hanya pakai susu cair sahaja. Famili suka sangat. Setiap kali buat setiap kali itu jugak lah habis licin semua yang ada dalam periuk. Siapa lambat dapat ulam ulaman je lah yang tinggal. Ada tak sesiapa yang nak tau cara nak masak ayam masak kurma versi terengganu ? Saya dapat resipi ayam masak kurma nasi minyak terengganu dari seorang kenalan yang berasal dari negeri pantai timur tersebut suatu ketika dulu tau. Bila dapat sambutan dari ahli rumah terus amalkan sampai sekarang. Jom saya kongsikan resepi ayam masak kurma simple yang paling mudah dan sedap ;


Resepi Ayam Masak Kurma Tanpa Santan
Resepi Ayam Masak Kurma Terengganu



Resepi Ayam Masak Kurma Terengganu Original

Bahan untuk resepi kurma ayam terengganu asli :


Resepi Kurma Ayam Tanpa Santan
Resepi Ayam Masak Kurma Tanpa Santan
Ayam Masak Kurma Tanpa Santan
Cara Buat Ayam Masak Kurma Tanpa Santan




Bahan A : Bahan Perapan Masak Kurma

  1. Satu ekor ayam / satu kilogram daging ( potong )
  2. Tiga sudu besar rempah kurma adabi ( nak pakai cap bunga ros atau lain-lain jenama pun boleh )
  3. Satu sudu makan kerisik
  4. Dua sudu makan gula merah
  5. Lima sudu susu cair
  6. Lima genggam bawang goreng
  7. Dua biji bawang besar, empat ulas bawang putih dan satu inchi halia ( blend )


  • Perap semua bahan yang saya nyatakan tersebut selama lima belas minit dan keatas. Terserah memasing



Bahan B

  1. Empat biji kentang (belah kepada beberapa bahagian)
  2. Tujuh hingga lapan biji cili padi
  3. Lapan hingga sepuluh biji tomato ceri
  4. Satu cawan susu cair (untuk bubuh kemudian)


Bahan C : Tumisan

  1. Kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
  2. Satu biji bawang besar-hiris nipis
  3. Tiga ulas bawang putih-hiris

.
Cara Masak Ayam Masak Kurma Terengganu

Cara  Buat Ayam Masak Kurma Terengganu :





  1. Buka api dapur dan panaskn minyak
  2. Tumiskan semua bahan tumisan sampai naik bau
  3. Masukkan pula bahan yang kita perap sebentar tadi.
  4. Isi air sampai ayam atau daging tenggelam
  5. Masukkan kentang
  6. Masukkan garam dan perasa secukup rasa
  7. Jika ayam atau daging belum empuk, tambah air sikit lagi.
  8. Kacau rata.
  9. Setelah kuah ayam kurma agak pekat dan bahan di dalamnya sudah empuk, tuang satu cawan susu cair


Step akhir, kacau sebati dan masukkan tomato ceri dan cili padi. Biarkan sekejap lagi. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan sama ada untuk makan bersama nasi putih atau nasi minyak bersama ulam- ulaman, sambal belacan dan acar timun. Terserah selera masing masing. Cara masak ayam masak kurma simple je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga berjaya.