Resepi Nasi Minyak Terengganu Original Asli Tradisional Hujan Panas Tanpa Susu Mudah. Salam semua. Tadi tetiba pulak perut tak ingin nak makan nasi putih biasa. Jadinya memandangkan stok bahan di dapur mencukupi maka terhasillah nasi minyak terengganu ori bersama gulai ayam dan gulai daging cap bunga ros. Ada jugak yang makan bersama ayam masak merah  kenduri. Rempah cap bunga ros saya beli masa melancong ke Terengganu tempoh hari. Ikut suami kerja luar. Harga nya takde lah mahal mana pun. Mampu milik. Rasanya ada juga beberapa buah pasaraya yang berdekatan dengan rumah yang jual rempah gulai terengganu ni tapi saya dah lupa dekat mana. Malas lah nak pergi cari. Esok esok kalau jumpa saya beli lah. Alang alang dah jumpa dekat sana, saya beli lebih sikit untuk simpan pada masa akan datang dan buah tangan kepada jiran-jiran. Syukur menjadi dengan jayanya walaupun saya tak berapa nak kerap sangat sediakan juadah nasi minyak untuk ahli keluarga. Ada tak sesiapa yang nak tau cara nak masak nasi minyak terengganu ? Jom tengok resipi nasi minyak terengganu simple yang saya dapatkan dari seorang kenalan yang berasal dari negeri pantai timur tersebut :


Resepi Nasi Minyak Terengganu Gulai Ayam Cap Bunga Ros


Resepi Nasi Minyak Terengganu Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi nasi minyak terengganu asli :


Cara Masak Nasi Minyak Terengganu


Resepi Gulai Ayam Nasi Minyak Terengganu


> Resepi Gulai Ayam Terengganu Sedap

> Resepi Gulai Daging Terengganu Simple


  1. Empat cawan beras biasa ( nak guna beras lain macam beras basmati pun boleh )
  2. Empat setengah cawan air.
  3. Empat hingga lima ulas Bawang merah ( hiris  )
  4. Tiga ulas bawamg putih ( hiris )
  5. Lebih kurang tiga inchi halia ( belah dan ketuk )
  6. Dua helai daun pandan ( simpulkan )
  7. Rempah empat sekawan
  8. Satu setengah senduk minyak
  9. Dua sudu planta
  10. Satu atau dua sudu sos tomato
  11. Garam dan gula secukup rasa
  12. Sedikit perahan jus limau nipis untuk elak nasi rasa muak.  ( optional )
  13. Pewarna ( terserah nak letak warna apa pun )


Acar Nasi Minyak Terengganu

> Resepi Solok Lada Terengganu Ori

> Resepi Masak Lemak Kulit Rambai Sedap

Cara Masak Nasi Minyak Terengganu

Cara Buat Nasi Minyak Terengganu :


  1. Panaskan minyak dan planta....
  2. Tumis bahan yang telah di mayang seperti bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan rempah empat sekawan.
  4. Masukkan pula daun pandan
  5. Gaul dan biarkan seketika untuk bahan menjadi mesra dan berbau wangi.
  6. Seterusnya, masukkan beras yang telah kita basuh dan toskan tadi.
  7. Gaul rata dan sebati
  8. Apabila beras sudah sebati dengan elok, letakkan tudung periuk.
  9. Biarkan sekejap.
  10. Selepas itu, masukkan empat setengah cawan air.
  11. Kacau hingga rata
  12. Masukkan sos tomato
  13. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  14. Masukkan jus limau nipis.
  15. Biarkan menggelegak.
  16. Kembali tutup tudung periuk.
  17. Apabila sudah nampak naik wap
  18. Letakkan pewarna yang telah di sediakan.


Sambal Belacan Nasi Minyak Terengganu


Step akhir, biarkan dalam dua puluh minit atau sampai masak. Tutup api dapur dan gembur-gemburkan nasi tersebut. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bersama gulai ayam, gulai daging, acar serta sambal belacan untuk santapan ahli keluarga mahupun para tetamu yang datang ke rumah. Cara masak nasi minyak terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali. Semoga selalu sukses dalam segala apa yang di lakukan.

> Resepi Sotong Celup Tepung Kuala Terengganu Rangup