Resepi Ketupat Palas Terengganu Original. Belajar cara nak buat ketupat palas terengganu dengan mak saudara. Nampak mak saudara saya bungkus ketupat palas terengganu macam mudah je. Tapi bila saya cuba buat sendiri, uii agak susah juga nak jadi kemas dan cantik macam yang dia buat. Banyak kali juga cuba sampai nak habis pulut baru jadi.Nampaknya lepas ni kena praktis la banyak-banyak kali untuk kasi mahir. Ada ke sesiapa yang nak tau cara buat ketupat palas versi terengganu ? Jom saya tengok resipi ketupat palas terengganu yang saya kongsikan dekat bawah :

Ketupat Palas Terengganu Resepi
Resepi Ketupat Palas Terengganu



Resepi Ketupat Palas Terengganu Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi ketupat palas mudah :


Cara Bungkus Ketupat Palas Terengganu
Cara Buat Ketupat Palas Terengganu



  1. 1kg beras pulut
  2. 1mug santan pekat
  3. 1/4 genggam garam kasar
  4. 1/2 sudu gula



Cara Buat Ketupat Palas Terengganu

Cara membuat ketupat palas terengganu :

Cara Bungkus Ketupat Palas Terengganu


  1. Basuh bersih dulu beras. 
  2. Kemudian rendam beras selama dua jam.
  3. Selepas dua jam kukus pulut hingga masak. Sementara pulut masak, gaul santan bersama garam hingga sebati.
  4. Setelah pulut masak,masukkan pulut ke dalam besen atau bekas yang bersesuaian dan masukkan gula serta santan. 
  5. Seterusnya gaul hingga sebati(sampai tak nampak santan di besen)lenyek-lenyek guna sudip agar sebati. 
  6. Bungkus dalam daun palas yang telah disediakan. Video cara bungkus ketupat palas terengganu nanti lah saya upload bila banyak data ye.




Step akhir, kukus atau goreng hingga masak. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bersama serunding ikan, gulai ayam atau yang sewaktu dengannya. Cara buat ketupat palas versi terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.