Resepi Kuah Laksam Terengganu Asli

Resepi Kuah Laksam Terengganu Asli. Siap sudah laksam untuk minum petang di rumah mak mertua..Orang pantai timur terutama Terengganu, Kelantan dan Pahang memang suka makan laksam. Walaupun keluarga suami saya orang Johor, nasib baik mereka boleh terima laksam dan cakap sedap sangat sampai tak cukup. Kakak ipar awal-awal dah pesan suruh buat lagi laksam bila balik kampung sekali lagi nanti.




Resepi Kuah Laksam Terengganu Original

Ini Resepi Dan Cara Buat Laksam yang saya guna Resepi Laksam Terengganu Asli Original

Cara Buat Kuah Laksam

  1. Lima ekor ikan kembung (rebus dan ambil isi, kemudian kisar atau tumbuk bagi hancur)
  2. Satu sudu besar lada hitam
  3. Lima ulas bawang merah
  4. Dua batang serai dititik
  5. Sekotak santan (saya pakai jenama ayam brand)
  6. Air
  7. Garam dan gula secukup rasa
  8. Asam keping

Kisar semua bahan yang telah saya sebutkan diatas kecuali garam, gula, santan dan asam keping. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan atas api pakai api sederhana. Akhir, baru masukkan garam dan gula sesedap rasa.

No comments:

Post a Comment