Resepi Bubur Asyura Kedah Noxxa Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap Simple. Salam semua. Saya baru sahaja siapkan bubur asyura utara periuk noxxa bagi mengisi perut anak-anak dan jiran tetangga. Cepat masak dan tidak mengambil masa yang lama seperti bubur asyura tradisional. Maju betul teknologi sekarang, harap tradisi orang kita mengacau bubur asyura secara bergotong royong akan mampu bertahan lama lagi. Kemeriahan, keseronokan, dan semangat kerjasama yang ditunjukkan semasa berganding bahu menyiapkan bubur asyura versi utara bukan sahaja mampu merapatkan silaturrahim malah mampu kenangan indah yang mengusik jiwa di hari mendatang. Ada yang nak tau cara buat bubur asyura noxxa ? Jom kita tengok resepi bubur asyura utara simple sukatan cawan :
Resepi Bubur Asyura Utara Noxxa Sukatan Cawan |
Resepi Bubur Asyura Utara Periuk Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Bubur Asyura Kedah Noxxa Sukatan Cawan |
Bahan untuk resepi bubur asyura sukatan cawan :
- Dua cawan tepung beras
- Tiga cawan santan pekat + satu sudu teh garam
- Tiga cawan santan cair
- Satu cawan gula merah ( dimasak dengan satu cawan air sampai larut. Kemudian, tapis)
- Tiga per empat cawan gula putih ( boleh lebihkan )
- Segenggam kacang tanah ( rendam setengah jam, HP 16 minit )
- Segenggam kacang kuda ( rendam setengah jam, HP 16 minit )
- Segenggam kacang hijau ( rendam setengah jam, HP 16 minit )
- Semangkuk keledek ( potong dadu dan rebus sampai lembut, saya rebus guna dapur gas)
- Semangkuk pisang ( hiris )
- Satu tin jagung (Saya guna brand adabi )
- Tiga sudu besar sagu halus
- Tiga helai daun pandan
Bubur Asyura Utara Noxxa Sedap |
Cara Buat Bubur Asyura Utara Noxxa
Bubur Asyura Utara Noxxa Resepi |
Cara buat bubur asyura kedah noxxa :
- Blendkan tepung beras dengan tiga cawan santan cair. Kemudian, tapis.
- Satukan semua bahan kecuali pisang dalam periuk noxxa
- Kacau sampai masak dengan SF
- Agak-agak pekat masukkan hirisan pisang.
- Kacau lagi sampai bubur asyura masak dan tidak melekat pada kuali. ( dalam 45 minit juga lah )
- Hati-hati ya adunan akan sedikit meletup-letup
Resepi Bubur Asyura Utara Simple |
Step akhir, apabila bubur asyura sudah masak alih kan ke dalam loyang atau bekas lain. Siap. Cara masak bubur asyura utara noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau tiada aral melintang, kita jumpa lagi di lain hari. Salam.
0 Comments