Resepi Ayam Masak Kicap Simple Cara Buat Pekat Ala Jawa Viral. Salam semua. Sebentar tadi kami sekeluarga menjamu menu makan malam yang agak berat sikit iaitu nasi putih bersama ayam masak kicap jawa yang simple dan sedap. Ini semua gara gara permintaan dari encik suami. Menurutnya dia tak sempat nak makan tengah hari ldi tempat kerja kerana tadi sibuk dengan beberapa urusan penting yang tak dapat di elakkan. Dia sempat makan sedikit jajan yang ada dalam laci pejabat beserta air kosong sahaja. Dah macam puasa katanya. Maka bila saya dapat tahu hal tersebut, cepat cepat saya masuk bersilat dekat dapur untuk sediakan apa yang mampu.  Ada lah juga lauk tambahan yang lain macam ulam ulaman kampung yang saya petik dari kebun belakang rumah. Takut memang takut nak pergi petik sebab hari sudah menjelang malam dan gelap gelita tapi nak buat macam mana sudah terpaksa. Nak tak nak kena lah pergi jugak. Kalau tak kelaparan lah suami saya. Tak sanggup pulak nak tengok. Nasib baik anak ada teman kan jugak tadi. Syukur lauk simple yang saya sediakan tadi mendapat sambutan dari suami dan ahli rumah semua. Sampai habis semua nasi dan ayam yang ada dalam periuk. Ada tak sesiapa yang nak tau cara nak masak ayam masak kicap mudah ? Jom lihat resepi ayam masak kicap sedap dan pekat yang saya kongsikan dekat bawah :

Resepi Ayam Masak Kicap Simple
Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Berkuah


Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Dan Mudah

Bahan untuk resepi ayam masak kicap simple dan sedap :


Cara Buat Ayam Kicap Berkuah
Cara Masak Ayam Masak Kicap Simple


Resepi Ayam Kicap Pedas
Resepi Ayam Kicap Mudah


Bahan A

Ayam  ( Potong )


Bahan B : Tumbuk

  1. Kunyit
  2. Bawang merah 
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Cili kisar
  6. Rempah 4 sekawan
  7. Rempah kari
  8. Kicap
  9. Gula secukup rasa
  10. Ajinamoto/ perasa ( optional )
  11. Cili Api atau Cili Padi ( optional )




Cara Masak Ayam Masak Kicap Simple

Cara Buat Ayam Masak Kicap Mudah :

Cara Buat Ayam Masak Kicap Sedap Dan Pekat

  1. Mula mula goreng ayam dulu. Toskan dan ketepikan seketika.
  2. Tumbuk semua bahan B
  3. Kemudian, letak minyak sikit dalam kuali dan tumis rempah empat sekawan
  4. Masukkan cili kisar
  5. Masukkan bahan yang kita tumbuk tadi
  6. Tumis hingga naik bau
  7. Masukkan pula rempah kari
  8. Tumis lagi
  9. Seterusnya, masukkan kicap, gula dan bahan perasa sesedap rasa.


Resepi Ayam Masak Kicap Jawa
Ayam Masak Kicap Resepi


Step akhir, masukkan ayam yang kita goreng tadi dan gaul biar rata dan sebati. Saya masak kicap biasa tak guna air ye. Saya lebih suka kuah kicap yang di gunakan menjadi pekat dengan sendiri nya. Kalau sesiapa yang nak letak air untuk lebih berkuah pun boleh. Terserah selera masing masing. Okey lah, sampai disini dulu ya. Cara masak ayam masak kicap mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi di lain kali. Salam dan semoga berjaya.