Resepi Lempeng Nyior Terengganu Cara Membuat Kuih Tradisional Melayu Yang Mudah Paling Simple. Semalam jiran ada kasi dua tiga biji kelapa muda. Sebahagian kami minum terus untuk mendapatkan khasiat kelapa muda dan sebahagian lagi saya simpan untuk di jadikan lempeng kelapa muda yang sedap serta menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau tak silap saya  masyarakat di sebelah utara panggil peknga. Lempeng terengganu biasa di makan oleh sebahagian orang bersama kuah kari, kuah sardin, sambal ikan bilis, gulai, susu pekat, gula pasir dan lain lain yang sewaktu dengannya. Namun saya paling suka makan lempeng nyiur terengganu tanpa cicah apa-apa kerana gemar akan keaslian rasa kelapa yang di gunakan. Pekena pula dengan secawan air kopi panas sambil layan keindahan suasana kampung memang terbaik. Ada yang nak tau cara memasak lempeng kelapa ? Jom tengok resepi lempeng kelapa sedap dan lembut :

Resepi Lempeng Kelapa Terengganu Asli
Resepi Lempeng Kelapa Terengganu Sedap


Resepi Lempeng Kelapa Sedap Senarai Kuih Tradisional Terengganu



Cara Membuat Lempeng Kelapa Terengganu
Cara Buat Lempeng Kelapa Terengganu


Bahan untuk resepi lempeng kelapa terengganu ori :


  1. Isi putih kelapa muda ( parut )
  2. Air kelapa muda ( kalau takde gantikan dengan air kosong )
  3. Tepung gandum
  4. Gula
  5. Garam ( optional )



  • Sukatan agak-agak sendiri je tau.

Lempeng Kelapa Muda
Lempeng Kelapa Mudah Dan Lembut




> Resepi Akok Kedut Terengganu Asli

Cara Buat Lempeng Kelapa Sedap

Resepi Lempeng Nyior Terengganu Mudah
Resepi Lempeng Nyior Terengganu Sedap


Cara Buat Lempeng Kelapa Lembut :


  1. Satukan semua bahan.
  2. Kacau sebati
  3. Adunan jangan terlalu keras atau terlalu cair.



Lempeng Kelapa Terengganu Resepi Mudah
Lempeng Kelapa Terengganu Resepi Sedap


Step akhir, panaskan kuali dengan sedikit minyak atau marjerin dan letak adunan. Balik-balik kan dan tunggu sampai masak. Sekarang siap untuk santapan keluarga tersayang. Cara masak lempeng kelapa mudah je kan, selamat mencuba semua. Semoga sukses dan jumpa lagi di lain hari. Salam.

> Resepi Ketupat Sotong Terengganu Asli