Resepi Roti Puri Sukatan Cawan Tanpa Yis Tanpa Mauripan Yang Lembut Belon Sedap Simple Tepung Gandum. Salam dan selamat petang semua. Saya baru sudah membuat sedikit senaman di dapur untuk menambah lemak anak-anak dan suami. Sambal nasi lemak pagi tadi ada lebih banyak, jadi untuk tidak membazir maka saya sediakan roti puri yang sedap untuk di cicah dengan kuah sambal ikan bilis tersebut. Syukur menjadi dengan jaya nya. Sekejap sahaja sudah habis licin. Saya dapatkan resepi roti puri mudah dengan rakan india suatu ketika dahulu. Ingat lepas ni saya kena mendalami pula ilmu cara buat roti puri frozen, mana tau esok lusa boleh di jadikan sumber pendapatan sampingan. Kalau tak buat meniaga pun boleh simpan dalam peti ais, buat stok senang nak makan terus goreng. Ada yang ingan tahu cara buat roti puri yang lembut ? Jom saya kongsikan resepi roti puri tanpa mauripan :

Roti Puri Tanpa Yis Sukatan Cawan
Resepi Roti Puri Tanpa Yis Sukatan Cawan



Resepi Roti Puri Belon Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap Paling Simple


Resepi Roti Puri India
Roti Puri India Resepi


Bahan untuk resepi roti puri tepung gandum :


  1. Satu setengah cawan tepung gandum
  2. Dua sudu makan minyak masak
  3. Secubit garam
  4. Air kosong ( agak-agak sendiri je )
> Resepi Donat Tanpa Yis Sukatan Cawan
> Resepi Kayu Keramat Tanpa Yis Sukatan Cawan
> Resepi Kuah Dal Roti Canai Mamak Tanpa Santan
> Resepi Sardin Sedap Dan Mudah
> Resepi Kuah Kacang Utara Tanpa Santan



Roti Puri Lembut Dan Gebu
Resepi Roti Puri Lembut Dan Gebu


Cara Buat Roti Puri Tanpa Yis

Cara Buat Roti Puri Lembut :


Roti Puri Frozen Resepi
Cara Buat Roti Puri Frozen


  1. Satukan semua bahan diatas.
  2. Letak air secara sedikit demi sedikit hingga doh roti puri tidak melekat pada tangan.
  3. Bentukkan doh bulat- bulat sebesar bola ping pong dan leperkan.


Roti Puri Sukatan Cawan Tanpa Yis
Resepi Roti Puri Sukatan Cawan Tanpa Yis


Step akhir, panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas. Masukkan terus doh roti apam puri tersebut dan masak guna api sederhana.  Siram-siram kan minyak ke atas doh roti puri pakai senduk biar kembang.  Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga atau tetamu yang bertandang.  Oh ya sebelum saya terlupa, mungkin terdapat mereka yang mempunyai pengalaman serta tertanya kenapa roti puri tak kembung dengan eloknya. Dalam hal ini sila jaga kuantiti minyak masak jangan kedekut dan satu lagi kepanasan minyak semasa proses menggoreng dan siraman. Sekian terima kasih. Cara buat roti puri sukatan cawan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain waktu. Semoga sukses sentiasa.