Resepi Kari Dhal Sedap Homemade Masak Dalca Sayur Ala Mamak Haji Mudah Simple Dan Paling Sedap Original Tradisional. Salam semua. Sarapan apa pagi tadi ye. Saya dan keluarga makan roti canai bersama kuah kacang dhal mamak haji homemade. Resepi kari dhal roti canai saya peroleh dari seorang kenalan india yang menetap berhampiran dengan rumah saya.  Nak makan dengan nasi putih, capatti, idli, tosai, roti poori, uppuma, lempeng, cucur dan lain lain yang sewaktu dengannya pun boleh. Terserah selera masing masing.  Ada yang nak tau cara masak dalca sedap ? Jom ikuti perkongsian saya kali ini mengenai resepi dalca sayur india yang mudah dan sedap di bawah :

Resepi Kari Dhal India Sedap
Resepi Kari Dhal India Halal

Resepi Kari Dhal Sayur India

Bahan untuk resepi kari dhal mamak :

Resepi Kari Dhal Mudah
Resepi Kari Dhal Sedap


  1. Kacang Dhal  ( rendam selama tiga hingga empat jam )
  2. Dua batang cili hijau
  3. Tujuh hingga lapan ulas bawang putih
  4. Minyak masak sikit
  5. Air kosong
  6. Serbuk kunyit
  7. Garam secukup rasa
  8. Sedikit Perungayam ( boleh didapatkan di kedai india atau mungkin di pasaraya besar mydin ada jual kot )-kuantiti yang kita nak gunakan lihat pada gambar bawah.


Serbuk Perungayam India
Perungayam



> Resepi Indian Coconut Candy Ori

> Resepi Roti Puri Tanpa Yis India








Cara Masak Kari Dhal India

Cara masak kari dhal sedap :


  • Masukan kacang dhal yang telah siap direndam tadi ke dalam periuk.
  • Masukkan cili hijau serta bawang putih. ( nak pakai paste bawang putih pun boleh sahaja )
  • Seterusnya, masukkan sedikit minyak, air dan garam sesedap rasa.
  • Masukkan sedikit perung ayam.
  • Rebus sampai semua bahan biar mesra


Sementara kita menunggu dhal masak, sediakan pula


Resepi Kuah Kacang Dal Roti Canai
Resepi Kuah Kacang Dhal Roti Canai


  1. Satu batang lobak merah
  2. Satu batang lobak putih
  3. Sebiji terung
  4. Dua biji kentang


  • Potong atau hiris semua bahan tersebut.
  • Apabila kuah dhal agak masak, masukkan bahan-bahan yang telah kita potong tersebut ke dalamnya.
  • Biarkan seketika atas dapur


Kuah Kacang Dal Roti Canai Sedap
Resepi Kuah Kacang Dal Roti Canai Sedap

> Resepi Fish Sothi India Halal Sedap


Kemudian dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumsikan bahan-bahan berikut :


Cara Membuat Kuah Kacang Dal Roti Canai
Cara Buat Kuah Kacang Dal Roti Canai


  1. Bawang besar
  2. Cili kering
  3. Daun kari
  4. Tomato
  5. Biji sawi mix
  6. Bunga cengkih dan bunga lawang


  • Tumiskan bahan tumisan diatas hingga naik bau.
  • Dah siap, masukkan bahan yang telah kita tumis tadi ke dalam periuk kuah dhal yang sedang kita masak.
  • Kecilkan api dapur dan gaul rata serta sebati. 


Kari Dhal India Sedap
Resepi Kari Dhal India Sedap


Apabila semua bahan sudah sebati, tutup api dapur. Sekarang kari dhal homemade sudah siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan. Cara .buat kari dhal india mudah je kan, selamat mencuba semua. Semoga kita ketemu lagi di lain hari. Salam.

> Resepi Kari Ikan India Tanpa Santan