Resepi Kek Lapis Sarawak Kukus Mudah Membuat Melapis Kuching Original Simple Dan Paling Sedap Kuih Tradisional Tahan Lama.  Resepi kek asam manis kukus mudah saya belajar dengan seorang saudara belah ibu mertua yang menetap di Sarawak. Suami dan anak-anak paling suka makan kek lapis asam manis sarawak asli sampaikan diaorang boleh tau kek lapis yang saya beli buatan original sarawak atau bukan. Kebetulan masa saya singgah di rumah mak mertua minggu lepas, mak mertua dan saudaranya tersebut sedang rewang resepi kek lapis masam manis sukatan cawan di dapur dan cara buat kek lapis sama manis sarawak step by step. Macam pepatah melayu sebut pucuk di cita ulam mendatang lah,  tanpa fikir panjang saya pun terus turut serta. Tak rugi dan tidak sia sia tau kerana dalam banyak tempat yang saya beli kek lapis sarawak even di tanah sarawak sendiri tapi tak pernah jumpa lagi yang sesedap kek lapis ini. Untung betul boleh buat niaga esok-esok untuk dijadikan pendapatan sampingan. Ada yang nak tau cara buat kek lapis sarawak kukus mudah ? Jom saya kongsikan resepi kek lapis masam manis sarawak asli sukatan cawan :


Kek Lapis Masam Manis Kukus Sukatan Cawan
Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus Sukatan Cawan



Resepi Kek Lapis Masam Manis Mudah

Bahan untuk resepi kek masam manis simple :

Kek Lapis Masam Manis Sarawak Sukatan Cawan
Kek Lapis Masam Manis Sarawak Asli


  1. Sepuluh biji telur gred A
  2. Setengah cawan gula halus ( resepi asal pakai satu cawan, saya tak suka manis manis)
  3. Setengah tin krimer manis (resepi asal satu tin)
  4. Satu satu per empat ketul buttercup (seketul buttercup dan sedikit potongan buttercup dari seketul buttercup yang lain)
  5. Satu paket hwa flakes
  6. Dua setengah cawan biskut lemak yang sudah diblend (saya guna biskut lemak cap pingpong, boleh juga nak guna biskut meri )
  7. Satu sudu kecil esen vanilla
  8. Satu sudu kecil serbuk penaik  ( optional )
  9. Pewarna kuning dan hijau
> Cara Simpan Kek Lapis Sarawak Tahan Lama


Resepi Kek Lapis Masam Manis Sukatan Cawan Kukus
Resepi Kek Lapis Masam Manis Sukatan Cawan


> Resepi Kek Span Marble Susu Viral Sukatan Cawan


Cara Buat Kek Lapis Maasam Manis

Cara buat kek lapis masam manis mudah :


  1. Pukul putih telur dengan gula sampai betul-betul kembang. Apabila angkat mixer, adunan tidak menitik.
  2. Pukul butter bersama susu sampai kembang.
  3. Masukkan adunan putih telur dengan gula ke dalam adunan butter. Mix sampai sebati.
  4. Seterusnya, masukkan kuning telur dan mix kan rata serta sebati.
  5. Sambil mixer on, masukkan serbuk biskut secara sikit demi sikit hingga habis.
  6. Kemudian, masukkan esen vanilla dan serbuk penaik serta mix lagi sampai sebati.

> Resepi Ayam Pansuh Dalam Periuk Sarawak Asli

> Resepi Botok Botok Ikan Tenggiri Sarawak

Cara Melapis Kek Masam Manis

Cara melapis kek lapis sarawak :


  1. Panaskan alat pengukus terlebih dahulu.
  2. Bahagiakan adunan kepada dua bahagian.
  3. Satu aduanan letakkan pewarna hijau dan satu lagi pewarna kuning.
  4. Masukkan lapisan pertama ke dalam periuk pengukus. Lebih kurang dua senduk.
  5. Susun hwa flakes pada permukaannya.
  6. Tutup tudung periuk pengukus dan biarkan selama lebih kurang sepuluh minit.
  7. Kemudian, masukkan lapisan kedua dan susun hwa flakes lagi.
  8. Selang selikan warnanya.
  9. Ulang step yang sama bagi lapisan-lapisan seterusnya sampai habis.

Kek Masam Manis Kukus Mudah
Resepi Kek Masam Manis Kukus Mudah


Bagi lapisan terakhir, kukus selama lima belas minit hingga dua puluh minit. Sekarang siap sudah kek masam manis kukus untuk santapan keluarga tercinta. Cara buat kek masam manis sukatan cawan mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa terluang kita jumpa lagi di lain kali ya. Semoga berjaya.

> Resepi Tempoyak Goreng Ikan Bilis Sarawak