Resepi Bingka Ubi Kayu Terengganu Asli Original Membuat Kuih Tradisional Mudah Dan Simple Paling Sedap Tanpa Telur Tanpa Gula Merah. Kuih talam ubi kayu terengganu sudah siap untuk santapan para ahli rumah. Musim musim hujan begini paling terbaik pekena menu yang berasaskan ubi kayu kerana bukan sahaja mudah untuk diperolehi bahkan harganya pun turun sama sekali. Ada juga sesetengah orang panggil kuih talam ubi kayu kukus ni sebagai bengkang atau kuih bingka ubi kayu kukus. Jika di terengganu, masyrakat memanggilnya sebagai beke ubi.kayu Mana-mana lah ye namanya asalkan sedap dan kenyang bila masuk ke dalam perut. Khasiat ubi kayu untuk kesihatan pun banyak juga. Ada yang cakap manfaat ubi kayu dapat merawat kanser. Saya tak pastilah betul ke tidak. Nantilah kalau ada masa terluang saya akan bantu bertanya dengan uncle google dan akan kongsikan dekat blog cararesepi.blogspot.com. Jarang-jarang jawapan dia tak tau.Apabila kuih talam ubi kayu masuk mulut tadi tetiba teringat mak dekat kampung. Dulu mak selalu sediakan talam ubi kayu kukus untuk kami adik beradik bila tiba musim tengkujuh. Ayah lah suka sangat berkebun. Macam macam tanaman yang dia usahakan di belakang rumah dan salah satunya adalah pokok ubi kayu. Menurut ayah tak rugi kita berkebun kerana hasilnya di jamin bersih serta bebas racun kimia.  Dan yang paling penting adalah bila kita terasa nak makan pucuk ubi rebus cicah budu ke boleh terus petik dekat pokok tanpa sebarang rasa was was. Ada yang nak tau tak cara buat bingka ubi kayu kukus  versi terengganu ? Jom tengokdekat bawah resepi talam ubi kayu 


Resepi Kuih Talam Ubi Kayu Terengganu
Resepi Talam Ubi Kayu Terengganu



Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan Kukus Tanpa Gula Merah

Bahan untuk resepi kuih talam ubi kayu terengganu :


Resepi Kuih Beke Ubi Kayu Terengganu
Resepi Beke Ubi Kayu Terengganu



Bahagian bawah

  1. Empat cawan ubi kayu yang telah siap di parut serta di buang airnya ( anggaran dalam dua kilogram ubi kayu cengitu )
  2. Satu setengah cawan air gula merah ( Setengah kilogram gula merah dimasak bersama dua cawan air)
  3. Satu cawan gula pasir
  4. Tiga cawan santan cair

> Resepi Tepung Boko Ubi Kayu Kelantan Ori


Kuih Talam Ubi Kayu Terengganu Resepi
Talam Ubi Kayu Terengganu Resepi



Bahagian Atas

  1. Empat cawan santan pekat ( Satu biji kelapa )
  2. Dua sudu kecil garam ( sudu kfc )
  3. Satu setengah cawan tepung gandum

> Resepi Getok Ubi Kayu Goreng Sukatan Cawan


Bingka Ubi Kayu Terengganu
Resepi Bingka Ubi Kayu Terengganu



Cara Buat Talam Ubi Kayu Terengganu

Cara buat talam ubi kayu sukatan cawan :

Bingka Ubi Kayu Sukatan Cawan
Resepi Bingka Ubi Kayu Sukatan Cawan


  1. Panaskan kukusan.
  2. Ubi kayu yang sudah di parut, di perah untuk buang airnya dengan menggunakan tuala bersih.
  3. Masukan ke dalam loyang. 
  4. Masukan santan cair, air gula merah serta gula pasir. Gaul hingga sebati.
  5. Kukus sampai masak.
  6. Selepas masak, tekan macam cara nak buat pulut seri muka.
  7. Satukan santan pekat, garam serta tepung gandum. Kacau sampai sebati. Jangan guna blender ye kerana nanti bila masak kepala santan akan pecah-pecah. Guna pemukul telur tangan sahaja.
  8. Tapiskan adunan serta tuangkan keatas adunan ubi tadi. 
  9. Kukus selama setengah jam.
Cara Membuat Kuih Talam Ubi Kayu Terengganu
Cara Membuat Talam Ubi Kayu Terengganu

> Resepi Putu Halba Ubi Kayu Sukatan Cawan


Cara Buat Kuih Bingka Ubi Kayu Kukus
Cara Buat Bingka Ubi Kayu Kukus

Step akhir,  buka penutup alat pengukus, lapkan wap air yang terdapat pada permukaan kuih dengan tisu. Biarkan sekejap je lagi dan tutup api. Sekarang siap sedia untuk di hidangkan atas meja makan. Cara buat kuih talam ubi kayu terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.

> Cara Buat Talam Ubi Kayu Noxxa Pressure Cooker