Resepi Lempeng Gandum Lembut Sukatan Cawan Membuat Simple Manis Garing Viral. Salam semua dan apa khabar. Harap berada dalam keadaaan sihat sejahtera lah ye. Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih muih sukatan cawan untuk rujukan semua. Jika tidak silap saya tempoh hari saya ada tunjukkan cara nak buat lempeng kelapa terengganu. Mungkin sesiapa yang tak berkesempatan untuk mengikuti nya boleh taip di ruangan search yang terdapat pada bahagian kanan sisi blog cararesepi.blogspot.com. Kali ini saya ingin ajarkan pula cara buat lempeng kosong yang mudah dan sedap. Bahan adunan yang digunakan pun tidaklah susah mana serta boleh didapati di kedai-kedai runcit atau pasaraya berhampiran rumah memasing. Rasanya pula lebih kurang waffle kompem anak-anak suka makan punya. Anak-anak saya berpantang tengok mak dia buat sekejap sahaja sudah licin tinggal pinggan sahaja. Paling sedap makan bersama nutella, coklat, kuah kari atau yang sewaktu dengannya mengikut selera masing-masing. Kepada yang nak cuba cara buat lempeng sukatan cawan, jom tengok resepi lempeng kosong sedap sukatan cawan.
Resepi Lempeng Gandum Gebu Gebas Sukatan Cawan |
Resepi Lempeng Gebu Gebas Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi lempeng gandum sedap ;
Resepi Lempeng Kosong Sedap Sukatan Cawan |
Resepi Lempeng Gebu Sukatan Cawan |
- Tiga cawan tepung
- Dua sudu tepung jagung penuh membukit
- Dua biji telur
- Empat sudu gula
- Satu sudu kecil garam
- Dua setengah cawan air sejuk dalam peti ais
- Enam sudu minyak
- Satu sudu kecil bicarbonate
- Dua setengah sudu kecil serbuk penaik.
- Sedikit Esen vanilla.
Lempeng Gandum Resepi |
Cara Buat Lempeng Gandum
Cara membuat lempeng gandum :
- Mix atau blender semua bahan diatas sekejap.
- Kemudian biarkan selama lima hingga dua puluh minit.
Step akhir, panaskan kuali non stick dan goreng tanpa minyak hingga masak. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan kepada ahli keluarga mahupun kepada para tetamu yang datang ke rumah. Cara buat lempeng gebu mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada masa kita jumpa lagi di lain kali. Salam dan semoga berjaya.
> Resepi Permata Zamrud Sukatan Cawan
> Resepi Permata Zamrud Sukatan Cawan
0 Comments