Resepi Tepung Kapur Terengganu Asli Sukatan Cawan Cara Buat Mudah Sedap Simple Kukus Rebus. Nampak macam sama tapi bukan dia. Seperti kuih kaswi kan ? Untuk pegetahuan semua, sebenarnya ini adalah kuih tradisional terengganu iaitu kuih tepung kapur. Biasanya, orang terengganu sediakan kuih tepung kapur untuk sarapan pagi. Kuih tepung kapur terengganu sedikit liat berbanding kuih kaswi. Ianya dipotong secara nipis- nipis serta digaul bersama kelapa parut. Semalam saya buat bersama anak-anak. Diaorang sanggup tak keluar bermain untuk belajar dan tunggu tepung kapur yang mudah dan sedap masak. Jom saya kongsikan resepi kuih tepung kapur lembut sukatan cawan :

Resepi Kuih Tepung Kapur Terengganu
Kuih Tepung Kapur Terengganu


Resepi Kuih Tepung Kapur Terengganu Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi kuih tepung kapur terengganu tradisional :

Tepung Kapur Terengganu
Resepi Tepung Kapur Terengganu Sukatan Cawan


Bahan A :


  1. Dua cawan air
  2. Setengah keping nissan atau gula melaka
  3. Satu cawan tepung gandum
  4. Tiga sudu makan gula putih (terpulang pd anda)
  5. Satu sudu kapur makan ( bancuh dengan sedikit air )
  6. Garam sikit

> Resepi Akok Telur Terengganu Asli

Bahan B :

  1. Kelapa parut
  2. Garam sikit

  • Gaul kepala parut dengan garam
  • Kukus sekejap untuk tahan lebih lama
Cara Buat Kuih Tepung Kapur

Cara Membuat kuih tepung kapur :


  1. Masukkan dua cawan air, nissan atau gula serta gula putih. Masak sampai cair. Sejukkan.
  2. Dah sejuk, masukkan air nisan tersebut ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu likat dan pekat.
  3. Masukkan kapur makan yang telah di dengan air dan masukkan juga garam.
  4. Tapiskan dalam loyang yang telah sapu dengan minyak atau majerin.

Resepi Kuih Tepung Kapur Sedap
Resepi Tepung Kapur Sedap

> Resepi Bubur Lambuk Terengganu Sukatan Cawan


Step akhir, kukus selama lebih kurang setengah jam hingga empat puluh lima minit. Dah masak, biarkan sejuk sebelum potong nipis-nipis dan gaul kuih tepung kapur dengan kelapa. Siap.

Tepung Kapur Rebus
Resepi Tepung Kapur Rebus

Atau cara lagi mudah, masukkan adunan ke dalam plastik. Ikat kemas. Rebus dalam air panas yang menggelegak selama setengah jam atau sampai masak. Kemudian angkat dan toskan. Dah sejuk baru hiris nipis nipis. Cara buat tepung kapur terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Resepi Kuih Tepung Bunga Terengganu Ori Asli Tradisional