Resepi Rempeyek Kacang Dal Sukatan Cawan Rangup Crispy Mudah Sedap

Resepi Rempeyek Kacang Dhal Sukatan Cawan Rangup Crispy Mudah Sedap. Syukur siap juga jajan krup krap krup krap depan tv untuk anak-anak saya. Ada gak orang panggil rempeyek sebagai tumpi kacang dal. Biasa nak dekat raya baru buat kuih rempeyek kacang dal ni, tapi semalam ada permintaan jadi kita tunaikan juga lah alang-alang bahan semua cukup lengkap. Saya selitkan sekali resepi tumpi rangup sedap kacang dal dekat bawah ye ;

Resepi Rempeyek Kacang Dal Rangup
Resepi Rempeyek Kacang Dal Sukatan Cawan


Resepi Rempeyek Kacang Dal Rangup Crispy Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi rempeyek kacang dhal rangup :

Bahan A

  1. Satu cawan kacang dhal ( rendam selama dua jam )
  2. 300 gram tepung beras  ( saya guna cap gajah 3 ekor )
  3. 100 gram tepung ubi atau tepung sagu
  4. Satu biji telur ayam


Bahan B : Tumbuk atau Blend

  1. Lima ulas bawang putih
  2. Tiga ulas bawang merah kecil
  3. Satu sudu kecil biji ketumbar
  4. Satu sudu kecil jintan manis
  5. Satu sudu kecil jintan putih
  6. Garam secukup rasa

  • Tumbuk atau blend semua bahan diatas


Bahan C

  1. Satu sudu kecil kapur makan
  2. 600 ml air

  • Bancuh kedua dua bahan ini

Cara Buat Rempeyek Kacang Dal

Cara membuat rempeyek kacang dal :

  1. Gabungkan semua bahan-bahan diatas dan kacau hingga sebati
  2. Masukkan air kapur sedikit demi sikit ( adunan memang cair )
  3. Masukkan kacang dal

Step akhir, panaskan minyak, tuang adunan tepi kuali dan bila dah lekang turunkan perlahan-lahan ke dalam minyak. Goreng hingga warna bertukar ke perang perangan. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap. Cara buat rempeyek kacang dhal mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Rempeyek Kacang Tanah Rangup Sukatan Cawan

1 comment:

Cici Miloi said...

Saya ambil resepinya sahaja yang lain tiada, dulu kini dan selamanya terima kasih.

Post a Comment

×