Resepi Kuah Kacang Dal Noxxa Membuat Guna Periuk Pressure Cooker India Ala Kelantan Terengganu Mudah Simple Segera Paling Sedap Sukatan Cawan. Salam semua. Ada yang nak tau tak cara buat kuah kacang dhal roti canai yang mudah dan sedap ala mamak restoran gitu ? Boleh dimasak guna periuk noxxa dan jika tiada periuk pressure cooker pun masih boleh gunakan dapur biasa. Jom saya kongsikan step by step resepi kuah kacang dal tanpa santan sukatan cawan ;


Resepi Kuah Kacang Dhal Roti Canai Mamak
Resepi Kuah Kacang Dal Roti Canai Mamak



Resepi Kuah Kacang Dal Mamak

Bahan untuk resepi kuah kacang dal roti canai mudah :


Bahan A



  1. Dua cawan kacang dhal ( cuci bersih, rendam semalaman serta toskan )
  2. Tiga tangkai daun kari
  3. Satu sudu besar serbuk kunyit
  4. Dua sudu besar kari daging ( boleh juga kalau tak letak, terserah selera memasing)
  5. Rempah Empat Sekawan
  6. Dua biji bawang merah-hiris
  7. Satu biji bawang putih-hiris
  8. Lima batang cili kering-potong
  9. Air ( sukatan agak-agak sahaja
  10. Garam
  11. Dua sudu besar minyak masak.
> Resepi Roti Nan Viral
> Resepi Capati Lembut

Bahan B : Blend


  1. Dua biji bawang merah
  2. Sebiji bawang besar
  3. Dua ulas bawang putih
  4. Dua sudu besar jintan manis
  5. Dua sudu besar ikan bilis ( buang perut )
> Resepi Roti Canai Mamak
> Resepi Roti Boyan Singapore

Cara Buat Kuah Kacang Dal Roti Canai

Cara buat kuah kacang dal noxxa :


> Cara Masak Kuah Kacang Dal Atas Dapur Gas




  1. Stirfry bahan hiris bersama rempah empat sekawan. (Letak lah sebatang kayu manis, tiga biji pelaga. tiga biji cengkih, dua biji bunga lawang) sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan cili kering serta daun kari. Kacau kacau sekejap tapi jangan lama sangat nanti hangit pulak.
  3. Masukkan kacang dhal bersama air sikit. Kuantiti air agak agak tenggelam kacang dal sudah la, jangan banyak sangat nanti kuah cair.
  4. Seterusnya, masukkan bahan kisar bersama kunyit dan rempah kari.
  5. Kalau ada ayam ke daging ke boleh letak juga masa ni.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
Step akhir, tutup periuk noxxa dan hp 30 minit. Apabila sudah masak biarkan sekejap baru pusing tombol pressure ke steam untuk keluarkan angin. Saya lebih suka biar lama agar tak banyak angin yang keluar. Sekarang siap sudah kuah kacang dal homemade untuk dihidangkan bersama roti canai, roti poori, lempeng kelapa, roti tempayan dan yang sewaktu dengannya. Cara buat kuah dal roti canai mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga bermanfaat.